Kerangka konsep keluarga Malaysia dalam mencapai kesejahteraan

Abdul Rashid, Abdul Aziz and Muhammad Khairi, Mahyuddin and Muhammad Nubli, Abdul Wahab and Husin, Sungkar and Nurun Najihah, Musa and Nur A'in, Mustafar (2023) Kerangka konsep keluarga Malaysia dalam mencapai kesejahteraan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8 (1). e002196-e002196. ISSN 2504-8562. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Kerangka Konsep Keluarga Malaysia dalam Mencapai Kesejahteraan.pdf
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (366kB) | Preview

Abstract

Dalam era globalisasi ini, dapat dilihat terdapat peningkatan kes dalam isu-isu membabitkan masalah institusi kekeluargaan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat dalam kes perceraian, keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak di Malaysia yang merekodkan peningkatan yang luar biasa pada tahun 2020. Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaporkan Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia pada tahun 2019 masih kekal pada tahap sederhana iaitu 7.72. Terdapat pelbagai aspek yang perlu dikaji dalam pengurusan konflik rumah tangga bagi mencapai kesejahteraan keluarga sejajar dengan matlamat konsep keluarga Malaysia. Justeru, penulisan kertas konsep (conceptual paper) ini memberi tumpuan kepada kerangka konsep keluarga Malaysia sebagai satu kaedah mengatasi konflik rumah tangga. Metod kajian ini adalah berdasarkan kajian kualitatif melalui reka bentuk kertas kerja konsep (concept paper) dengan penggunaan teknik analisis konsep. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga konsep utama dalam keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang boleh diaplikasikan dalam sesebuah keluarga bagi mengatasi dan mencegah konflik yang berlaku. Kesejahteraan keluarga amatlah penting dalam menggapai kesejahteraan kendiri setiap diri ahlinya dalam merealisasikan proses pembangunan negara. Oleh itu, kajian ini amatlah penting sebagai garis panduan kepada badan bertanggungjawab di Malaysia dalam memacu dan melahirkan keluarga sejahtera.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Keluarga Malaysia; Pengurusan konflik ; Kesejahteraan keluarga
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 16 May 2023 04:20
Last Modified: 16 May 2023 04:20
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37612
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item