Kajian kesan diameter dan kepadatan taburan lekuk terhadap pengurangan daya geseran dan kehausan pemukaan keluli aisi 1060

Mohd Rahimi, Ramli (2022) Kajian kesan diameter dan kepadatan taburan lekuk terhadap pengurangan daya geseran dan kehausan pemukaan keluli aisi 1060. Masters thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, Thesis advisor: Ahmad Shahir, Jamaludin).

[img]
Preview
Pdf
ir.Kajian kesan diameter dan kepadatan taburan lekuk terhadap pengurangan daya geseran dan kehausan pemukaan keluli aisi 1060.pdf - Accepted Version

Download (387kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti fenomena kehausan yang disebabkan oleh geseran serta mengenalpasti faktor geseran yang dipengaruhi oleh kehadiran tekstur lekukan. Tekstur lekukan ini terdiri daripada pelbagai diameter, tetapi mempunyai kedalaman yang sama. Bahan yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah besi keluli lembut AISI 1060. Di dalam kajian ini, lekukan dihasilkan menggunakan mesin kisar 3 paksi dan mata alat kisar ball-end nose. Lekukan yang dihasilkan mempunyai diameter yang berbeza dari 1.0 hingga 4.0 mm. Dalam ujikaji fasa pertama, kesan kepadatan tekstur lekukan terhadap geseran telah dikenalpasti. Sampel-sampel yang disediakan mempunyai diameter yang sama tetapi kepadatan tekstur yang berbeza. Manakala pada ujikaji fasa kedua pula, kesan perbezaan diameter tekstur yang berbeza terhadap geseran dikenalpasti. Permukaan yang mempunyai lekukan berdiameter 1.0 hingga 4.0 mm tersebut kemudiannya dianalisis dengan menggunakan laser microskop. Sampel kemudian dianalisis menggunakan Universal Testing Machine UTM dilengkapi dengan kepiawaian ASTM-1894. Sampel diuji menggunakan minyak hidraulik ISO-168 dengan proses ujikaji sentuhan permukaan ke permukaan. Kesan yang menakjubkan terhadap geseran dengan permukaan yang berlekuk ini telah diperolehi dalam kedua-dua kajian. Berdasarkan pemerhatian, lekukan yang berdiameter besar mempunyai keupayaan yang tinggi dalam mengurangkan geseran berbanding dengan lekukan yang berdiameter kecil. Tambahan pula, bagi sampel-sampel berdiameter lekukan yang sama, sampel yang mempunyai kepadatan lekukan yang tinggi menghasilkan geseran yang lebih rendah berbanding kepadatan lekukan yang rendah. Pada ujikaji yang seterusnya, kadar kehausan permukaan keluli lembut AISI1060 yang berlekuk setelah dikenakan beban malar sebanyak 10N diukur. Keputusan ujikaji menunjukkan bahawa permukaan mempunyai lekukan berjarak kecil mempunyai kadar kehausan yang rendah berbanding dengan permukaan mempunyai lekukan berjarak besar. Keputusan ujikaji juga menunjukkan bahawa permukaan yang mempunyai lekukan berdiameter besar mempunyai kadar kehausan yang lebih rendah berbanding permukaan yang mempunyai lekukan berdiameter kecil. Ini boleh disimpulkan bahawa, sifat geseran dan kadar kehausan adalah lebih baik bagi sampel yang mempunyai sentuhan permukaan yang rendah. Hasil dapatan kajian ini dapat membantu dalam langkah untuk mengatasi jangkahayat bagi komponen mekanikal dalam bidang pembuatan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (Master of Science) -- Universiti Malaysia Pahang – 2022, SV : Dr. Ahmad Shahir Jamaludin, NO. CD: 13297
Uncontrolled Keywords: daya geseran, kehausan pemukaan, keluli aisi 1060
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
T Technology > TS Manufactures
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Faculty of Manufacturing and Mechatronic Engineering Technology
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 17 May 2023 06:50
Last Modified: 18 Sep 2023 03:17
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37658
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item