UMP Institutional Repository

Hubungan sunnah Allah dan pembinaan akhlak dalam kebangunan tamandun

Mansor, Sulaiman (2012) Hubungan sunnah Allah dan pembinaan akhlak dalam kebangunan tamandun. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
MANSOR_BIN_SULAIMAN.PDF

Download (1MB)

Abstract

Sunnah Allah berkaitan tamadun merupakan suatu ketentuan Allah yang mendasari perjalanan sesebuah tamadun.Menerusi sunnah mi manusia dapat mempelajari bahawa terdapat peraturan bersifat tetap di sebalik jatuh dan bangun sesebuah tamadun iaitu akhlak masyarakat dan hubungannya dengan jatuh dan bangun tamadun.Sekiranya akhlak baik dominan dalam sesebuah masyarakat,maka implikasinya adalah kebangunan tamadun tetapi jika sebaiiknya maka ia memberi implikasi kejatuhan tamadun.Dalam kajian mi,pengkaji menumpukan terhadap aspek berbeza daripada di atas, iaitu dengan melihat sunnah mi sebagai suatu proses yang disediakan Allah bagi pembinaan akhlak pembina tamadun. Proses mi didasari oleh konsep sebab-musabab dan maslahah sepertimana difahami menerusi petunjuk daripada nas-nas al-Quran berkaitan sunnah yang telah berlaku terhadap tamadun silam.Peneitian dalam aspek mi membawa pengkaji kepada penemuan kaedah-kaedah pembinaan akhlak tertentu petikan daripada sebalik perjalanan sunnah Allah mi.Sebagai pengukuhan kepada dapatan mi,pengkaji telah menjadikan tamadun Arab Islam zaman Rasulullah sebagai analisis perbandingan.Pemilihan zaman mi adalah atas dasar ia merupakan zaman perintis kepada perkembangan tamadun Islam di samping dipimpin oleh Rasulullah,individu yang paling memahami sunnah Allah. Bagi merealisasikan kajian mi, pengkaji menggunakan kaedah kualititatif sepenuhnya, dimulakan dengan usaha mengenalpasti asas-asas yang mendasari perjalanan sunnah mi yang boleh dikaitkan dengan pembinaan akhlak menerusi nas-nas al-Quran dan juga kajian-kajian berkaitan bidang mi.Seterusnya pengkaji menganalisis dapatan kajian di atas dengan dalil-dalil daripada a!-Quran dan al-Sunnah serta teori-teori berkaitan pembinaan akklak yang berkenaan.Menerusi analisis ml,pengkaji membina sebuah kerangka pembinaan akhlak dan membandmgkannya dengan realiti yang dilalui oleh masyarakat Arab Islam zaman Rasulullah. Menerusi perbandingan mi,pengkaji dapat melihat kerangka tersebut turut berlaku pada zaman tersebut sehingga menghasilkan manusia-manusia yang memiliki akhlak pembina tamadun.Di samping itu,pengkaji juga mendapati kaedah-kaedah pembinaan althlalc yang dapat dipetik daripada peijalanan sunnah Allah secara umum juga turut berlaku pada zaman mi.Antara lain kaedah-kaedah tersebut adalah penyucian jiwa,pengisian jiwa,latihan praktikal aithiak dan pemeliharaan akhlak.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Sunna Islamic civilization Religion and civilization
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Faculty of Civil Engineering & Earth Resources
Depositing User: Shamsor Masra Othman
Date Deposited: 12 Nov 2013 03:01
Last Modified: 18 May 2018 01:28
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/3854
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item