Keabsahan Kesultanan Johor Moden Sebagai Pelestari Perdu Legasi Kesultanan Melayu Melaka Menurut Jurisprudens Watan

Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain and Zulfadli, Maarof (2023) Keabsahan Kesultanan Johor Moden Sebagai Pelestari Perdu Legasi Kesultanan Melayu Melaka Menurut Jurisprudens Watan. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 6 (3). pp. 245-261. ISSN 2600-9080. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Keabsahan Kesultanan Johor Moden Sebagai Pelestari Perdu Legasi Kesultanan Melayu Melaka Menurut Jurisprudens Watan.pdf

Download (371kB) | Preview

Abstract

Pengasasan Kesultanan Johor Moden sering dikaitkan dengan pencaturan politik antara Temenggong Abu Bakar Seri Maharaja dengan Tengku Ali, putera Sultan Husain Muhammad Shah. Tanpa mengambil kira pelantikan Sultan Husain Muhammad Shah oleh Inggeris sebagai Sultan Johor yang dipertikaioleh banyak pihak, legitimasi Johor moden sering dilihat dari rentetan peristiwa yang berlaku pasca Perjanjian bertarikh 10 Mac 1855. Artikel ini bertujuan untuk menyiasat keabsahan Kesultanan Johor Moden sebagai pelestari legasi Kesultanan Melayu Melaka.Kajian ini ialah kualitatif menggunakan metod jurisprudens watan yang turut mengaplikasikan tiga kerangka konsep, iaituIndikator Pelestarian Kesultanan; Pengangkatan Yang di-Pertuan Besar dan Pemakzulan Yang di-Pertuan Besar. Sumber histografi tempatan yang terdiri daripada pelbagai perjanjian, dokumen dan buku yang berwibawa dijadikan rujukan untuk menganalisis isu berbangkit. Dapatan merumuskan Kesultanan Johor Moden memperolehi kedaulatan berkerajaan sendiri tanpa naungan Yang di-Pertuan Besar Johor-Pahang-Riau-Lingga melalui kuat kuasa Perjanjian bertarikh 29 Oktober 1830 maka sekaligus menjadi pelestari perdu legasi Kesultanan Melayu Melaka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kesultanan Johor Moden, Kerangka Pelestarian Kesultanan, Kerangka Pengangkatan Yang di-Pertuan Besar, Kerangka Pemakzulan Yang di-Pertuan Besar, Pewaris Perdu Kesultanan Melayu Melaka
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
K Law > K Law (General)
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: Miss Amelia Binti Hasan
Date Deposited: 05 Jan 2024 03:26
Last Modified: 05 Jan 2024 03:26
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39868
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item