Peranan kesultanan dan pembesar melayu dalam melestarikan kedaulatan watan

Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain (2024) Peranan kesultanan dan pembesar melayu dalam melestarikan kedaulatan watan. In: Prosiding Kolokium Daulat Tuanku: “Kepimpinan Tradisional Dalam Institusi Kesultanan Melayu”. Kolokium Daulat Tuanku: “Kepimpinan Tradisional Dalam Institusi Kesultanan Melayu” , 7-8 Februari 2024 , Kutubkhanah Diraja, Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. pp. 1-39..

[img]
Preview
Pdf
Prosiding Kolokium Daulat Tuanku Kepimpinan Tradisional dalam Institusi Kesultanan Melayu (Intro).pdf

Download (344kB) | Preview
[img] Pdf
Prosiding Kolokium Daulat Tuanku Kepimpinan Tradisional dalam Institusi Kesultanan Melayu.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kesultanan Melayu mengikut adat Melayu bersifat syura yang terdiri daripada raja pemerintah dan para pembesar yang mendukung kedaulatan watannya. Dalam kewilayahan yang lebih besar Kesultanan Melayu Melaka yang kemudiannya dilestarikan warisannya oleh Kesultanan Johor-Pahang-Riau Lingga, Kesultanan Kedah dan Perak. Kesan pembubaran Kesultanan Johor-Pahang-Riau Lingga akhirnya membawa kepada kelahiran sembilan buah Negeri Melayu berdaulat di Tanah Melayu yang masih mendukung kedaulatan watan. Maklumat persejarahan Tanah Melayu yang diperturunkan dalam sistem pendidikan selepas hari merdeka kelihatan lebih menonjolkan frasa sistem demokrasi berparlimen daripada pengaruh kedaulatan yang menterasi sistem politik tradisional meskipun kedudukannya masih terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Melayu. Kertas ini bertujuan untuk mengemukakan peranan Kesultanan dan Pembesar Melayu dalam melestarikan kedaulatan watan. Kajian kualitatif berbentuk analisis kandungan dokumen digunakan. Peranan tersebut dikemukakan melalui keterangan dalam dokumen perundangan: Pertama, Bab 1 dan Cadangan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan UMNO dalam Laporan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan bertarikh 18 November 1946; Kedua, Nota berhubung Keputusan yang dicapai oleh Jawatankuasa Kerja Perlembagaan 1946; Ketiga, Laporan Mesyuarat bertarikh 20 November 1946. Keterangan tersebut adalah bukti berwibawa untuk merekonstruk kefahaman yang selama ini mengabaikan fakta penting sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan penginstitusian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dapatan menunjukkan raja pemerintah dan pembesar Melayu menggunakan kebijaksanaan unggul penuh berhemat untuk memelihara kedaulatan watan sepanjang tempoh campur tangan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kedaulatan watan, sistem politik tradisional, campur tangan British, Jawatankuasa Kerja Perlembagaan 1946, Perlembagaan Persekutuan.
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
D History General and Old World > DS Asia
K Law > K Law (General)
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: Miss Amelia Binti Hasan
Date Deposited: 09 Feb 2024 00:13
Last Modified: 09 Feb 2024 00:13
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/40306
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item