Kajian urus tadbir yang baik bagi Majlis Agama Islam Negeri Selangor

Noor Dzuhaidah, Osman and Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain and Syahirah, Abdul Shukor and Norman, Zakiyy and Ahmad Syukran, Badaruddin and Syuhailah, Abd.Latif (2023) Kajian urus tadbir yang baik bagi Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Discussion Paper. Majlia Ugama Islam Selangor.

[img]
Preview
Pdf
LAPORAN MAIS - Kajian urus tadbir yang baik bagi Majlis Agama Islam Negeri Selangor.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji elemen urus tadbir terbaik yang perlu diamalkan dan diperbaiki oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam peranannya yang besar sebagai penasihat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (DYMM Sultan) dalam semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran agama Islam di Selangor.Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji permasalahan yang timbul dalam bidang kuasa MAIS, termasuk isu sumber pengasingan, pengagihan, perwakilan atau pemberian kuasa. Kajian ini menganalisa dua (2) Jawatankuasa yang diuruskan di bawah Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), iaitu Jawatankuasa Fatwa dan Jawatankuasa Falak. Proses penubuhan Jawatankuasa, pelantikan ahli Jawatankuasa, penamatan ahli Jawatankuasa, tuntutan elaun mesyuarat, pengurusan mesyuarat Jawatankuasa, dan perkara-perkara lain berkaitan masih tertakluk kepada arahan dan ketetapan yang dibuat oleh MAIS. Kajian ini mengenal pasti kesesuaian amalan MAIS dengan peruntukan undang-undang iaitu Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor (UTKS) 1959, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (EPAINS) 2003, serta keselarasan dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara . Kajian ini bermula secara doktrinal untuk menentukan keabsahan kedudukan MAIS dari segi perundangan. Ini dilakukan melalui kajian perpustakaan, temubual yang dibuat secara semistruktur dengan ahli pengurusan tertinggi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) iaitu MAIS, MAIWP dan MAINS. Sampel kajian temubual terdiri tujuh pegawai atasan daripada pihak pengurusan tertinggi yang mengetahui selok belok perjalanan operasi MAIN dan berupaya membuat keputusan bagi MAIN. Temubual dilaksanakan bertujuan untuk mengukur kebolehpercayaan soal selidik.Walau bagaimanapun hasil kajian menunjukkan bahawa pengasingan, pengagihan, perwakilan atau pemberian kuasa dalam MAIS, JMNS, dan JAKESS masih menjadi persoalan dan proses semak dan imbang nampaknya tidak berlaku di peringkat tertentu. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan pemahaman yang mendalam tentang kedudukan MAIS dari segi perundangan serta menghasilkan dasar atau polisi bagi penambahbaikan dan pematuhan urus tadbir yang lebih baik. Hasil kajian ini amat berfaedah kepada penggubal undang-undang bagi membuat pertimbangan untuk membentuk garis panduan dan urus tadbir Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Akhir kalam, adalah diharap agar kajian dapat menyingkap segala permasalahan yang telah, sedang dan akan timbul, seperti kuasa memanggil mesyuarat, dan sebagainya bagi memungkinkan lebih keberkesanan dalam pemantauan dan pengawasan oleh MAIS.

Item Type: Reports (Discussion Paper)
Uncontrolled Keywords: urus tadbir terbaik; Majlis Agama Islam Selangor; MAIS;
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: Miss Amelia Binti Hasan
Date Deposited: 29 Feb 2024 01:21
Last Modified: 29 Feb 2024 01:21
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/40531
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item