Legasi Islam Di Pahang: Wadah Transformasi Jati Diri Umat Gemilang

Abd Jalil, Borham (2014) Legasi Islam Di Pahang: Wadah Transformasi Jati Diri Umat Gemilang. In: Syarahan Umum Profesor, 12 March 2014 , Astaka, Universiti Malaysia Pahang. pp. 1-25.. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (pbmsk-2014-jalil-LegasiIslamPahang)
SYARAHAN_PROF_JALIL.pdf - Accepted Version

Download (539kB)

Abstract

Kedatangan Islam dan perkembangannya di Alam Melayu dan Pahang khususnya adalah satu bidang kajian yang sangat penting untuk melahirkan gambaran yang tepat dalam sejarah Islam di Nusantara setelah ia dikaburi oleh berbagai teori orentalis. Di Pahang terdapat sebuah batu nisan yang ditemui di Kg. Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan yang jaraknya begitu hampir dengan Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan. Pada batu tersebut tertulis ayat-ayat al-Qur’an dan sya`ir Arab di samping terdapat tarikh si mati meninggal dunia pada waktu Subuh hari Rabu 14hb. Rabi`ul Awal tahun 419 Hijrah bersamaan dengan 12 April tahun 1028 Masihi. Hal ini jelas membuktikan bahawa kedatangan Islam ke Pahang adalah lebih awal daripada tarikh yang dibuktikan sebelumnya oleh Batu Bersurat di Kuala Berang Terengganu yang bertarikh tahun 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi, iaitu perbezaan selama 275 tahun. Lubuk Pelang pula adalah sebuah pusat pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Melayu Nusantara. Pada tahun 1640 Hamzah Fansuri telah pergi ke Lubuk Pelang untuk mendalami ilmu Hakikat dan ilmu Tasawuf. Pusat pengajian di Lubuk Pelang di Bukit Ketupat, Jerantut ini telah menjadi pusat tumpuan pengajian dari serata tempat khususnya dari tahun 1490 hingga 1640 di bidang tasawuf. Hukum Kanun Pahang pula telah dijadikan perlembagaan negeri itu sejak tahun 1592. Pahang diisytiharkan sebagai Dar al-Islam oleh Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah pada tahun 1592. Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Pahang ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam juga telah mengembangkan tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun hingga melahirkan sebuah universiti. Bahasa Melayu dikatakan telah menjadi salah satu bahasa yang tertinggi bilangan penggunanya. Ia menjadi bahasa rasmi kepada lebih daripada 200 juta umat manusia di Alam Melayu sebagai bahasa “lingua franca“ di rantau ini. Tulisan jawi dalam bahasa Melayu turut diperkenalkan. Tulisan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan tulisan atau huruf Arab dalam bahasa al-Qur’an dan huruf Parsi. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu bertulisan jawi tersebut maka bermulalah perkembangan sastera tulisan, sedangkan sebelumnya hanya terdapat sastera lisan sahaja. Kini negeri Pahang terkenal antara negeri yang mempunyai perundangan Islam yang baik dan kemas di samping terdapatnya institusi keagamaan yang tersusun dan teratur setanding dengan negeri-negeri lain. Pada tahun 1982, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dikanunkan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Pahang telah memberi kesan yang besar dan meluas dalam kehidupan masyarakatnya. Ia telah menjadi wadah transformasi bagi melahirkan jati diri masyarakatnya menjadi umat yang gemilang dan bermaruah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Islam; Pahang
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D111 Medieval History
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Abd Jalil Borham
Date Deposited: 03 Apr 2014 02:36
Last Modified: 03 Mar 2015 09:24
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/5312
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item