Model Kecemerlangan IPT Berasaskan Nilai Teras: Pendekatan Pemodelan Kuasa Dua Terkecil Separa

M. R., Abdul Hamid and Zainol, Mustafa and Nur Riza, Mohd Suradi and Fazli, Idris and Mokhtar, Abdullah and Nordin, Jamaluddin (2012) Model Kecemerlangan IPT Berasaskan Nilai Teras: Pendekatan Pemodelan Kuasa Dua Terkecil Separa. Journal of Quality Measurement and Analysis, 8 (1). pp. 1-15. ISSN 1823-5670. (Published)

[img] PDF
Model_Kecemerlangan_Ipt_Berasaskan_Nilai_Teras-_Pendekatan_Pemodelan_Kuasa_Dua_Terkecil_Separa.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kecemerlangan sesebuah organisasi melalui penunjuk prestasi zahir bukanlah satu-satunya kayu pengukur, sebaliknya fokus telah berubah kepada pengukuran tidak zahir seperti nilai-nilai teras. Oleh itu, dalam makalah dikaji nilai-nilai teras yang mempengaruhi kriterium prestasi organisasi seperti kepimpinan, budaya, produktiviti, pekerja dan pemegang kepentingan yang menyokong model teori, iaitu Model Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai Teras khususnya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sebanyak 1100 soal selidik telah diedarkan kepada IPT yang terlibat dengan 429 soal selidik digunakan untuk analisis. Kajian ini menggunakan tatakaedah pemodelan Kuasa Dua Terkecil Separa (KDTS) menggunakan perisian SmartPLS,untuk mengkaji hubungan antara setiap kriterium dalam model teoretikal berkenaan. Keputusan analisis pemodelan KDTS menyokong model, tersebut dengan kesemua pekali pembeban regresi adalah signifikan pada 0.05 (nilai-t > 1.97), iaitu perkaitan antara konstruk-konstruk kajian adalah signifikan secara statistik melainkan perkaitan antara fokus pekerja dengan prestasi universiti yang memerlukan penyiasatan lanjut. Ringkasnya, model adalah sah dari segi statistik dan memberikan penunjuk yang jelas terhadap pengukuran prestasi universiti khususnya melalui pendekatan tidak zahir melalui nilai-nilai teras.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Nilai-nilai teras; prestasi universiti; model kecemerlangan prestasi berasaskan nilai teras; pemodelan kuasa dua terkecil separa
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Faculty of Industrial Sciences And Technology
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 16 Dec 2014 06:15
Last Modified: 13 Dec 2016 07:04
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/7703
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item