Kajian Kepuasan Pelajar Kejuruteraan Universiti Di Malaysia Menggunakan Pemodelan Persamaan Berstruktur = A Study of Engineering Students’ Satisfaction in Malaysian Universities Using Structural Equation Modelling

Zainol, Mustafa and Teoh, Szu Jane and M. R., Abdul Hamid (2011) Kajian Kepuasan Pelajar Kejuruteraan Universiti Di Malaysia Menggunakan Pemodelan Persamaan Berstruktur = A Study of Engineering Students’ Satisfaction in Malaysian Universities Using Structural Equation Modelling. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis , 7 (1). pp. 117-127. (Published)

[img] PDF
Kajian_Kepuasan_Pelajar_Kejuruteraan_Universiti_Di_Malaysia_Menggunakan_Pemodelan_Persamaan_Berstruktur.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (178kB) | Request a copy
[img]
Preview
PDF
Kajian_Kepuasan_Pelajar_Kejuruteraan_Universiti_Di_Malaysia1.pdf

Download (13kB) | Preview

Abstract

Dalam makalah ini dikaji tahap kepuasan pelajar terhadap pembelajaran bidang kejuruteraan menggunakan analisis faktor penerokaan (EFA) dan persamaan pemodelan berstruktur melalui analisis faktor pengesahan (CFA). Sampel kajian terdiri daripada 500 orang pelajar daripada 6 buah universiti di Malaysia yang telah menjalani latihan industri dalam tempoh pengajian dan mereka yang mempunyai pengalaman bekerja di sektor perindustrian. Instrumen kajian adalah soal selidik yang mengandungi 24 soalan yang dibina berdasarkan domain kepuasan pembelajaran menggunakan skala Likert 7 tahap. Hasil analisis EFA mencadangkan 3 faktor yang terhasil dan seterusnya ditentusahkan melalui CFA. Indeks padanan memberikan nilai p = 0.000, khi-kuasa dua relatif = 3.319, CFI = 0.932, TLI = 0.924 dan RMSEA = 0.068. Berdasarkan statistik padanan ini, model CFA kepuasan pelajar terhadap pembelajaran bidang kejuruteraan dapat diterima. Pengenalpastian faktor-faktor kepuasan pembelajaran pelajar kejuruteraan dalam konteks Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia amat diperlukan di samping menjadi satu penanda aras kepada tahap kepuasan pelajar dalam bidang-bidang lain. Kajian hanya tertumpu kepada tahap kepuasan pelajar dalam bidang kejuruteraan dan pengitlakan perlu dilakukan dengan berhati-hati dalam merumuskan kepuasan pelajar di Malaysia. Kajian ini adalah penting untuk IPT menekankan faktor-faktor yang dikaji, iaitu penyampaian pembelajaran, prestasi perkhidmatan dan prestasi universiti bagi mencapai tahap kepuasan pelajar terutamanya dalam bidang kejuruteraan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: tahap kepuasan pelajar; analisis faktor penerokaan; analisis faktor pengesahan
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Faculty of Industrial Sciences And Technology
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 16 Dec 2014 01:49
Last Modified: 13 Dec 2016 06:02
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/7719
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item