Hubungan di antara Prestasi Perniagaan dengan Profil HRV Biofeedback Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia

Nazrolnizah, Mohamad Noorzeli (2014) Hubungan di antara Prestasi Perniagaan dengan Profil HRV Biofeedback Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia. Akademika, 84 (1&2). pp. 45-56. (Published)

[img] PDF
Hubungan_di_antara_Prestasi_Perniagaan_dengan_Profil_HRV_Biofeedback_Usahawan_Amanah_Ikhtiar_Malaysia.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (700kB) | Request a copy

Abstract

Prestasi perniagaan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Dalam pada itu, HRV (Heart Rate Variability) Biofeedback atau kebolehubahan kadar jantung adalah fenomena perubahan fisiologi dalam sela masa antara degupan jantung. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara kejayaan dalam perniagaan dengan profil HRV Biofeedback usahawan wanita yang terlibat dalam projek Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada peserta program keusahawanan AIM Projek Agropolitan Tanjung Batu, Pekan, Pahang terlibat dalam kajian ini. Data yang di kumpul melibatkan analisa untung dan jualan, analisa HRV; Very Low Frequency (VLF), Low Frequency (LF) dan High Frequency (HF). Analisis statistik korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara perniagaan dan HRV. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat antara prestasi perniagaan dengan profil HRV dalam kalangan peserta dengan nilai skor 0.80-1.00. Dapatan ini juga menunjukkan wujud hubungan yang kuat antara prestasi perniagaan peserta dengan data HRV yang di peroleh dari segi skor terkumpul, HRV HF, LF dan VLF. Ini menunjukkan usahawan yang sihat dan dapat mengawal tekanan dengan baik mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan. Oleh itu, teknik HRV Biofeedback adalah disyorkan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan prestasi perniagaan usahawan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Usahawan wanita; prestasi perniagaan; HRV Biofeedback; psikologi; fisiologi
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 13 Jan 2015 03:17
Last Modified: 03 Mar 2015 09:40
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/8230
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item