Mohd Suhardi, Mat Jusoh and Rashidi, Abbas and Wan Suraya, Wan Nik and Nurul Ain, Saleh (2018) Pembangunan Kecerdasan Spiritual Pelajar Berasaskan Model Tazkiyah Al-Nafs Al-Ghazali Di Universiti Malaysia Pahang (UMP). International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 3 (1). pp. 74-91. ISSN 2289-7216. (Published)
Pembangunan Kecerdasan Spiritual Pelajar Berasaskan Model.pdf
Download (727kB) | Preview
Abstract
Kajian ini mengkaji tentang pembangunan kecerdasan spiritual berasaskan model tazkiyah al-nafs al-Ghazali dalam pelaksanaan program kecerdasan spiritual-kemahiran insaniah di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk amalan kecerdasan spiritual yang dilaksanakan berasaskan konsep riyādu al-nafs. Seterusnya, menilai tahap kefahaman elemen tazkiyah al-nafs dan akhirnya, melihat kesan kefahaman elemen tazkiyah al-nafs dalam aspek pembentukan moral dan etika peserta melalui program kecerdasan spiritual-kemahiran insaniah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif iaitu data-data kajian diperolehi melalui kaedah soal selidik semasa program dilaksanakan. Dapatan kajian keseluruhannya menunjukkan amalan qiam al-layl dan puasa sunat sukar untuk dilaksanakan sebagai amalan kecerdasan spiritual peserta dan nilai min bagi aspek kefahaman ibadat dan tazkiyah al-nafs berada di tahap sederhana tinggi. Ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang lemah (r = 0.24) dan signifikan (sig.= 0.01) antara kefahaman ibadat dan tazkiyah al-nafs. Justeru, kajian ini merumuskan bahawa aspek kefahaman dan amalan mujāhadah al-nafs sebagai elemen tazkiyah al-nafs perlu dimantapkan bagi memenuhi objektif pelaksanaan program kecerdasan spiritual-kemahiran insaniah di Universiti Malaysia Pahang (UMP).
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Additional Information: | The Development of Student’s Spiritual Intelligence Based on Tazkiyah al-Nafs al-Ghazali Model at Universiti Malaysia Pahang (UMP) |
| Uncontrolled Keywords: | Kecerdasan spiritual, tazkiyah al-nafs,al-Ghazali, etika dan moral, kemahiran insaniah |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
| Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
| Depositing User: | Noorul Farina Arifin |
| Date Deposited: | 24 Jan 2019 07:23 |
| Last Modified: | 01 Jul 2019 08:27 |
| URI: | https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23945 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |

