Mohd Suhardi, Mat Jusoh (2023) Pemakanan Halal dan Pembentukan Keperibadian Muslim. In: Halal Issues in Malaysia. Research book series, Vol. 1 . Penerbit UMP, Kuantan, Pahang, pp. 71-81. ISBN 978-967-2831-93-8
BOOK CHAPTER - PEMAKANAN HALAL DAN PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN MUSLIM.pdf
Download (6MB) | Preview
4_Halal+Issues+in+Malaysia_PEMAKANAN+HALAL+DAN+PEMBENTUKAN+KEPERIBADIAN+MUSLIM.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (410kB) |
Abstract
Persoalan hukum halal-haram dalam aspek pemakanan halal adalah di antara perkara yang begitu ditekankan oleh syariah Islam kerana ia berkaitan dengan prinsip menjaga salah satu kepentingan asas kehidupan manusia iaitu prinsip menjaga nyawa seseorang. Sehubungan itu, aspek pemakanan halal yang terkandung maknanya dalam kategori al-tayyibat bukan sahaja baik untuk kebaikan dan kesihatan diri manusia, malah pemakanan halal sebenarnya adalah suatu elemen penting dalam proses pembentukan akhlak dan kebersihan hati seseorang. Dalam konteks ini, penulisan ini menjelaskan aspek pemakanan halal dan hubungannya dalam pembentukan keperibadian seseorang dari sudut pemakanan halal menurut maqasid syariah, pemakanan halal dan aspek pembersihan jiwa serta tanggungjawab pemeliharaan diri dari makanan haram dan syubhat. Semua elemen yang dijelaskan dalam penulisan ini merupakan aspek- aspek yang perlu diberi perhatian oleh seseorang Muslim dalam rangka pembentukan keperibadian diri yang luhur agar dia menjadi seorang Muslim yang menghayati nilai- nilai ajaran Islam dan berpegang kepada hukum halal dan haram secara konsisten khususnya dalam aspek pemakanan halal.
| Item Type: | Book Chapter |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | pemakananan halal, keperibadian muslim, pembersihan jiwa |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
| Faculty/Division: | Center for Human Sciences |
| Depositing User: | Miss Amelia Binti Hasan |
| Date Deposited: | 04 Apr 2024 05:29 |
| Last Modified: | 04 Apr 2024 05:30 |
| URI: | https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/40894 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |

