Nur Hartini, Mohd Hatta (2025) Ts. Dr. Noorlisa bangunkan Model Penulenan Thorium selamat daripada sisa nadir bumi. UMPSA News . pp. 1-4.
Ts. Dr. Noorlisa bangunkan Model Penulenan Thorium selamat daripada sisa nadir bumi.pdf
Download (383kB) | Preview
Abstract
PEKAN, 18 Ogos 2025 – Proses pengekstrakan unsur nadir bumi (REEs) daripada pekatan lantanid di Malaysia menghasilkan sisa radioaktif yang dikenali sebagai Water Leach Purification (WLP) yang mengandungi thorium pada kadar yang tinggi, kira-kira 6.7 Bq/g, iaitu jauh melebihi had selamat yang ditetapkan sebanyak 1 Bq/g.
Melihat kepada isu ini, sekumpulan penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai Ts. Dr. Noorlisa Harun telah membangunkan satu model khusus yang menggunakan proses penguraian pada suhu rendah (kurang daripada 240°C).
Pendekatan ini bertujuan untuk mengelakkan pembentukan thorium fosfat (ThPO) yang tidak larut dalam sisa pepejal WLP.
| Item Type: | Newspaper |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Ts. Dr. Noorlisa bangunkan Model Penulenan Thorium |
| Subjects: | L Education > L Education (General) Q Science > QC Physics T Technology > T Technology (General) |
| Faculty/Division: | Vice Chancellor's Office |
| Depositing User: | Mrs. Nor Farhana Abdul Kadir |
| Date Deposited: | 22 Aug 2025 00:40 |
| Last Modified: | 22 Aug 2025 00:40 |
| URI: | https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45466 |

