Nur Faezah, Musthapar (2026) Sabar menghadapi pasangan dengan menyandarkan hati kepada-Nya. Malaya Newsroom . pp. 1-4.
Sabar menghadapi pasangan dengan menyandarkan hati kepada.pdf
Download (557kB) | Preview
Abstract
UJIAN dalam perkahwinan adalah sebahagian daripada perjalanan hidup yang perlu dilalui oleh setiap pasangan. Namun, kadangkala ujian itu terasa begitu berat, seolah-olah tiada jalan keluar. Ketika emosi teruji dan kekuatan diri melemah, manusia perlu kembali kepada Allah SWT sebagai Pencipta serta meletakkan harapan dan pergantungan penuh kepada-Nya. Hal ini kerana Allah SWT mungkin menempatkan kebaikan dalam perkara yang tidak disenangi walaupun kebaikan itu tidak dapat dilihat dengan segera (Ibn Abī Ḥātim, Al-Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓīm, 3:905).
Kebaikan itu boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti kelahiran anak yang soleh atau tertanamnya rasa kasih sayang dalam hati pasangan selepas melalui ujian (Al-Tha‘labī, Al-Kashf wa al-Bayān ‘an Tafsīr al-Qur’ān, 10:152). Oleh itu, suami isteri digalakkan bersabar menghadapi kekurangan akhlak, kelemahan atau kelalaian dalam tanggungjawab rumah tangga tanpa cepat membenci pasangan. Apa yang dibenci pada masa ini mungkin sebenarnya lebih baik untuk agama dan membawa kebaikan yang berkekalan (Al-Marāghī, Tafsīr al-Marāghī, 4:214).
| Item Type: | Newspaper |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Perkahwinan; Kesabaran; Pahala; Ujian rumah tangga |
| Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
| Faculty/Division: | Center for Human Sciences |
| Depositing User: | DR. NUR FAEZAH MUSTHAPAR |
| Date Deposited: | 16 Jan 2026 03:18 |
| Last Modified: | 16 Jan 2026 03:18 |
| URI: | https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/46866 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |

