Nur Faezah, Musthapar (2025) Pembahagian nafkah 50-50, pastikan adil. Berita RTM . pp. 1-3.
Pembahagian nafkah 50-50, pastikan adil.pdf
Download (516kB) | Preview
Abstract
Nafkah asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal bukan sekadar keperluan tetapi satu kewajipan yang mesti ditunaikan oleh suami kepada isterinya. Kewajipan ini telah dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud “Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’rūf.” (Al-Baqarah 2: 233)
Pengabaian terhadap tanggungjawab ini tidak akan terlepas daripada hisab di akhirat kelak. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Āṣ, di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.” (Sunan Abī Dāwud Kitāb al-Zakāh, Bāb Fī Ṣillah al-Raḥim, hadith no. 1692)
Maka tidak hairanlah perkahwinan disebut sebagai mīthāqan ghalīẓā iaitu satu perjanjian yang berat namun di dalamnya tersembunyi ibadah yang terpanjang dalam rumahtangga. Firman Allah SWT, “Dan mereka (isteri-isterimu) telah megambil perjanjian yang kuat (ikatan pernikahan) dari kamu.” (An-Nisa’ 4: 21)
| Item Type: | Newspaper |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Nafkah; Perkahwinan; Prinsip Islam; Nafkah 50-50 |
| Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
| Faculty/Division: | Center for Human Sciences |
| Depositing User: | DR. NUR FAEZAH MUSTHAPAR |
| Date Deposited: | 16 Jan 2026 04:06 |
| Last Modified: | 16 Jan 2026 04:06 |
| URI: | https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/46868 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |

