Ekosistem Keusahawanan Kampus Pacu Pembentukan Usahawan Muda Berdaya Saing

Halizan, Mohmood (2025) Ekosistem Keusahawanan Kampus Pacu Pembentukan Usahawan Muda Berdaya Saing. UMPSA News . pp. 1-4.

[thumbnail of Ekosistem Keusahawanan Kampus Pacu Pembentukan Usahawan Muda Berdaya Saing.pdf]
Preview
Pdf
Ekosistem Keusahawanan Kampus Pacu Pembentukan Usahawan Muda Berdaya Saing.pdf

Download (347kB) | Preview

Abstract

Ekosistem keusahawanan kampus kini menjadi antara agenda penting dalam landskap pendidikan tinggi apabila semakin ramai mahasiswa berani menceburi dunia perniagaan seiring dengan sokongan universiti, perkembangan teknologi digital serta pembudayaan inovasi dalam persekitaran kampus. Di kafe pelajar, kolej kediaman, ruang kerja bersama, studio kreatif dan platform digital, kehadiran mahasiswa yang mengurus perniagaan bukan lagi sesuatu yang asing. Fenomena ini menandakan kemunculan golongan usahawan siswa atau studentpreneur yang semakin signifikan peranannya dalam ekosistem pendidikan tinggi negara.

Kemunculan usahawan siswa semakin ketara apabila mahasiswa bukan sahaja menumpukan kepada kecemerlangan akademik, malah aktif mengurus perniagaan sebenar sejak di bangku universiti. Perkembangan ini selari dengan peningkatan kos sara hidup serta perubahan landskap pasaran pekerjaan yang menuntut graduan lebih berdaya saing, fleksibel dan berkeupayaan mencipta peluang kerjaya sendiri. Keusahawanan kini dilihat sebagai satu kemahiran hidup dan pilihan kerjaya strategik dalam kalangan mahasiswa.

Item Type: Newspaper
Uncontrolled Keywords: Usahawan Muda;Keusahawanan
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
L Education > LB Theory and practice of education
Faculty/Division: Center for Mathematical Science
Depositing User: Mrs. Nor Farhana Abdul Kadir
Date Deposited: 03 Mar 2026 01:34
Last Modified: 03 Mar 2026 01:34
URI: https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/47338
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item
View Item