Mansor, Sulaiman (2011) Panduan Strategi Pembinaan Akhlak Imani Menerusi Al-Quran: Kajian Berdasarkan Perbezaan Ayat-Ayat Makkiyah dan Madaniyah yang Berkenaan. In: Seminar on Revelation As Source of Civilization (SWAT 2011) 'Quran: The Origin of Knowledge and Innovation' , 21-22 September 2011 , USIM. pp. 1-22.. (Unpublished) (Unpublished)
Akhlak_imani-pbmsk-mansor3.pdf
Download (270kB) | Preview
Abstract
Kajian ini cuba meninjau strategi pembinaan akhlak imani yang dikemukakan al Quran
berdasarkan kronologi penurunannya. Ini adalah disebabkan penulis mendapati terdapat suatu
keselarian antara ayat-ayat al Quran yang diturunkan dengan tahap pemikiran dan
keperibadian masyarakat ketika ia diturunkan. Walaupun tidak semua manusia ketika itu
berada dalam landasan keselarian ini tetapi terdapat golongan yang termasuk dalam landasan
ini. Menerusi pengamatan penulis, golongan inilah selepas itu menjadi pendokong kepada
dakwah yang digerakkan oleh Rasulullah s.a.w. seterusnya menjadi perintis kepada
kebangunan tamadun Islam. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis beberapa nas yang
berkaitan dengan dakwah dan tarbiah, mengikut kronologi Makkiyah dan Madaniyah,
seterusnya akan dianalisis dari sudut kedudukannya sebagai strategi dalam pembinaan akhlak
imani atau pun sebaliknya. Bagi mencapai objektif di atas, kajian ini akan menggunakan
kaedah qualitative iaitu hasil-hasil yang diperolehi hanya bersandarkan kepada kaedah kajian
perpustakaan melalui sumber-sumber seperti al Quran, tafsir al Quran, tulisan-tulisan
berkaitan pendidikan akhlak dan sebagainya. Akhirnya, diharapkan kajian ini dapat
memberikan sumbangan kepada memantapkan khazanah ilmu al Quran di Malaysia pada hari
ini seterusnya melahirkan manusia pembina tamadun mengikut acuan al Quran.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech) |
|---|---|
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
| Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
| Depositing User: | Noorul Farina Arifin |
| Date Deposited: | 28 Apr 2014 02:12 |
| Last Modified: | 18 May 2018 01:31 |
| URI: | https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/5633 |

