F. R. M., Romlay (2007) Penerapan 100% Konsep Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL) Dalam Pengajaran di FKM. In: Engineering Education Conference , 3 May 2007 , M.S.Garden Hotel, Kuantan, Pahang. . (Unpublished)
|
Pdf
Peneraoan_Konsep_Pembelajaran_Berpusatkan_Pelajar_SCL_Dalam_Pengajaran_di_FKM.pdf Download (26kB) | Preview |
Abstract
Pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) berbantukan komputer telah dilaksanakan dalam pengajaran di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) bagi subjek Rekabentuk Mekanik Berbantukan Komputer pada semester pertama seisi 2006/2007. Objektif pembelajaran berpusatkan pelajar ini dilakukan demi membangunkan teknik pengajaran yang efisyen bagi penguasaan ilmu yang maksimum oleh pelajar. Perancangan pembelajaran berteraskan SCL dilakukan sejak pembangunan insfratruktur dan kurikulum lagi. Kaji selidik pelajar bagi membuktikan keberkesanan konsep ini telah dijalankan pada hujung semester. Para pelajar diminta mengulas mengenai keberkesanan pembelajaran secara perkuliahan di dewan kuliah dan pembelajaran bercorakkan amali di makmal. Majoriti pelajar lebih cenderong memilih pembelajaran berkonsepkan amali di makmal yang menerapkan 100% konsep SCL. Manfaat yang besar berjaya disumbangkan kepada pembangunan akademik para pelajar. Walau bagaimanapun, masih terdapat rintangan dan halangan yang perlu diatasi dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan SCL secara menyeluruh. Usaha ini perlu didokong oleh semua pihak bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL), komputer, kuliah dan amali |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Faculty/Division: | Faculty of Mechanical Engineering |
Depositing User: | Pn. Hazlinda Abd Rahman |
Date Deposited: | 25 May 2011 05:48 |
Last Modified: | 21 Dec 2018 06:24 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/1247 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |