UMP Institutional Repository

Penempatan dan pensaizan optimum bagi penjana teragih dalam sistem kuasa untuk peningkatan kestabilan voltan

Ruhaizad, Ishak (2015) Penempatan dan pensaizan optimum bagi penjana teragih dalam sistem kuasa untuk peningkatan kestabilan voltan. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
PDF
RUHAIZAD ISHAK.PDF

Download (941kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
RUHAIZAD ISHAK - CHAP 1.PDF

Download (170kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
RUHAIZAD ISHAK - CHAP 3.PDF

Download (120kB) | Preview

Abstract

Pada masa kini, kebanyakan sistem kuasa beroperasi dengan muatan beban yang tinggi serta menghampiri had kestabilan voltan disebabkan kekurangan rizab kuasa. Keadaan ini sekiranya berterusan boleh mengakibatkan kawasan yang lemah dalam sistem tersebut menghadapi masalah ketakstabilan voltan. Isu ketakstabilan voltan merupakan salah satu cabaran utama dalam operasi sistem kuasa. Salah satu strategi penyelesaian yang dianggap sesuai untuk meningkatkan kestabilan voltan dan kebolehpercayaan sistem pengagihan adalah dengan menggunakan unit Penjanaan Teragih (PT). Di samping pelbagai manfaat yang dijangkakan dari penggunaan PT, kewujudan sejumlah besar unit PT dalam sistem pengagihan sebaliknya boleh menimbulkan pelbagai masalah dari segi sudut operasi dan ekonomi. Oleh itu, bagi memastikan manfaat yang maksimum boleh diperolehi dari kehadiran sejumlah besar PT dalam sistem pengagihan, penentuan penempatan dan saiz unit PT secara optimum perlu dilakukan. Fokus tesis mi adalah untuk membangunkan satu formulasi pengoptimuman yang barn untuk menyelesaikan masalah penempatan dan pensaizan optimum PT dengan menimbang fungsi berbilang objektif untuk menyasarkan peningkatan kestabilan voltan, pengurangan kehilangan kuasa dan pengurangan kos PT. Satu indeks kestabilan voltan barn yang dinamakan Indeks Kestabilan Kuasa Maksimum (IKKM) telah dibangunkan untuk mengenal pasti bas sensitif dalam sistem kuasa yang mudah terdedah kepada keruntuhan voltan. Pengolahan indeks IKKM dibuat bersandarkan kepada gabungan konsep pemindahan kuasa maksimum dan teori kestabilan sistem dua bas. Bagi menyelesaikan masalah pengoptimuman pula, Algoritma Carian Jejak-balik (ACJ) yang merupakan satu teknik pengoptimuman heuristik yang agak barn telah diguna pakai dalam kajian. Pengesahan keseluruhan ACJ yang dicadangkan telah dilakukan ke atas dua sistem ujian, iaitu, IEEE 30-bas dan sistem pengagihan 69-bas. Selain itu, keberkesanan teknik pengoptimuman mi juga telah dibandingkan dengan teknik pengoptimuman heuristik yang lain seperti Pengoptimuman Kerumun Zarah (PKZ) dan Algoritma Genetik (AG). flasil kajian menunjukkan bahawa indeks IKKM yang dicadangkan dapat mengenal pasti dengan tepat bas beban yang terdedah kepada keruntuhan voltan. Keputusan menunjukkan peningkatan tahap kestabilan voltan yang memuaskan telah dicapai melalui penempatan PT yang optimum. Manakala dalam penentuan kapasiti PT, cadangan model pengoptimuman yang memberi penekanan terhadap kedua-dua manfaat teknikal dan ekonomi telah menunjukkan prestasi sistem yang terbaik dan aspek kehilangan kuasa serta kos pelaburan PT yang optimum. Selain itu, hasil keputusan menunjukkan bahawa pengoptimuman menggunakan ACJ memberikan prestasi terbaik berbanding dengan PKZ dan AG dari segi masa pengkomputeran dan kadar kejayaan dalam mencapai penumpuan sejagat.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Kebangsaan Malaysia – 2015
Uncontrolled Keywords: penempatan; pensaizan; kestabilan voltan
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Faculty/Division: Unspecified
Depositing User: Ms. Nurezzatul Akmal Salleh
Date Deposited: 27 Jun 2016 01:36
Last Modified: 01 Nov 2017 07:11
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/13536
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item