Paparan Identiti oleh Remaja dalam Beberapa Blog Terpilih

Nor Suhada, Rasdi (2016) Paparan Identiti oleh Remaja dalam Beberapa Blog Terpilih. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1. pp. 23-36. ISSN 2289-7216. (Published)

[img] PDF
PAPARAN IDENTITI OLEH REMAJA DALAM BEBERAPA BLOG TERPILIH.PDF
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[img]
Preview
PDF
pbmsk-2016-suhada-paparan identiti oleh remaja1.pdf

Download (384kB) | Preview
DOI/Official URL: http://www.ump.edu.my/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji paparan identiti oleh remaja dalam beberapa blog terpilih. Idea Goffman mengenai persembahan diri dalam kehidupan seharian digunakan untuk melihat paparan identiti dalam blog golongan remaja. Walaupun idea Goffman spesifik kepada interaksi semuka, terdapat kajian lepas yang menggunapakai idea ini dalam mengkaji blog. Sebanyak 10 blog responden yang terdiri daripada lima (5) blog remaja lelaki dan lima (5) blog remaja perempuan dipilih menerusi laman web "blogmalaysia" melalui kaedah Persampelan Bertujuan (Purposive Sampling). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis isi kandungan. Hasil kajian mendapati ciri-ciri identiti yang dipaparkan di blog remaja lelaki dan perempuan seperti biodata din, reka letak halaman (layout), penggunaan warna dan hiasan lain di blog adalah berbeza. Pemilik blog remaja lelaki cenderung memaparkan perkara peribadi dan bukan peribadi berbanding pemilik blog remaja perempuan yang lebih cenderung memaparkan perkara peribadi di blog mereka. Perkara peribadi dan bukan peribadi yang dipaparkan oleh pemilik blog remaja lelaki dan perempuan adalah berbeza kerana berkajt dengan identiti dan peranan gender mereka. Mereka aktif mempersembahkan diri mereka dalam blog dengan menggambarkan pelbagai watak dan peranan yang dipegang di luar alam maya. Ini menjadikan mereka unik antara satu sama lain. Ia jelas menunjukkan cara penulis blog untuk mewujudkan beberapa bentuk identiti maya melalui blog mereka. Oleh itu, kajian ini menunjukkan identiti maya yang dicipta oleh pemilik blog remaja lelaki dan perempuan dibina daripada identiti dan watak mereka di luar alam maya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Paparan Identiti, Goffman, Identiti Maya, Blog, Remaja
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 19 Aug 2016 07:38
Last Modified: 22 Aug 2016 07:56
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14077
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item