Kemahiran lnsaniah dan Kokurikulum: Elemen Pembelajaran Berterusan dalam Kursus IQRA' di Universiti Malaysia Pahang

Zarina, Mohd Ali and Anita, Abdul Rani and Mohamad Hilmi, Mat Said (2009) Kemahiran lnsaniah dan Kokurikulum: Elemen Pembelajaran Berterusan dalam Kursus IQRA' di Universiti Malaysia Pahang. Jurnal UMP Sains Sosial dan Pengurusan Teknologi, 1 (1). pp. 1-12. ISSN 1985-8957. (Published)

[img]
Preview
PDF
pbmsk-zarina-Kemahiran lnsaniah dan Kokurikulum.pdf

Download (5MB) | Preview
DOI/Official URL: http://ump.edu.my/

Abstract

Kemahiran insaniah (KI) atau Soft skills di Universiti Malaysia Pahang (UMP), dahulunya dikenali sebagai Kole} Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) adalah kemahiran yang diterapkan secara menyeluruh dan bersepadu dalam kurikulum program pengajian akademik dan juga kursus kokurikulum melalui aktiviti formal pengajaran & pembelajaran, program sokongan akademik dan bukan akademik serta aktiviti pembangunan pelajar dalam kehidupan di kampus seawal penubuhan KUKTEM pada tahun 2002 lagi. Terdapat Zima elemen KI yang telah didedahkan kepada pelajar KUKTEM (2002-2006) iaitu Nilai-nilai positif, Keupayaan pembelajaran, Kemahiran berpasukan, Kemahiran berkomunikasi dan Kemahiran kepemimpinan. Kini dengan adanya tujuh elemen KI yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak 2006 dan tertubuhnya UMP menggantikan KUKTEM mulai awal 2007, kelima-lima elemen Soft skills universiti ini mengalami proses penyeragaman dan penambahbaikan. Kertas ini bertujuan mengemukakan kaedah untuk menilai elemen Pembelajaran Berterusan khususnya pada aras LL3 iaitu KI pada Tahap Tambahan (KIT) bagi kursus kokurikulum lqra '. Berdasarkan amalan di UMP, penilaian dilakukan melalui empat kaedah merangkumi ujian penempatan, formatif, diagnostik dan sumatif yang mendorong kepada pembelajaran kendiri yang terarah dengan mengambil kira ketiga-tiga ciri golongan pelajar yang berorientasikan matlamat, aktiviti mahupun pembelajaran. Bentuk penilaian seperti ini juga didapati berupaya memadankan perincian dalam dua elemen Soft Skills universiti yang asal iaitu Nilai-nilai positif dan Keupayaan pembelajaran, masing-masing pada Tahap I (Asas) dan Tahap II (lndustri) dengan aras 3 (LL3) elemen Pembelajaran berterusan KI pada Tahap Tambahan (KIT).

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemahiran insaniah, Soft skills, Pembelajaran berterusan, Pembelajaran sepanjang hayat
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 15 Mar 2017 03:40
Last Modified: 18 May 2018 02:57
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14127
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item