Konsep Al-Quwwah Al-Insaniyyah Menurut Perspektif Al-Quran, Kepentingannya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Kesannya Di Dunia Industri

Mohamad Hilmi, Mat Said and Norsuhaila, Musa (2014) Konsep Al-Quwwah Al-Insaniyyah Menurut Perspektif Al-Quran, Kepentingannya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Kesannya Di Dunia Industri. In: Malaysian Technical Universities Conference on Engineering and Technology (MUCET 2014) , 10-11 November 2014 , Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka. pp. 1-15..

[img]
Preview
PDF
pbmsk-2014-hilmi-konsep alquwwah alinsaniyyah.pdf

Download (724kB) | Preview

Abstract

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Namun menjadi persoalannya sejauh mana falsafah tersebut berjaya diterapkan oleh para Pensyarah dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran mereka. Manakala konsep Pendidikan menurut Islam ialah melahirkan manusia yang mempunyai pendirian dan keyakinan yang kukuh terhadap idealism Islam. Bagi memastikan tercapainya falsafah Pendidikan Negara dan selari dengan kehendak Islam pengkaji merasakan telah tiba masanya konsep al-Quwwah alInsaniyyah menurut perspektif al-Quran diterapkan dan dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Al-Quwwah al-Insaniyyah bermaksud ciri-ciri keinsanan yang memiliki kekuatan dan kemantapan diri, kesungguhan dan ijtihad yang jitu, keutuhan jati diri, berpengetahuan, bertamadun, mencintai kebaikan, keamanan, bertanggungjawab, rela berkorban, bersiap siaga dalam menempuh cabaran, dugaan dan rintangan yang mendatang. Ia mencakupi seluruh aspek rohani, akal dan emosi serta jasmani sehingga membentuk sahsiah dan peribadi sebagai insan sempurna (insan kamil). Namun realiti hari ini memperlihatkan pelajar di IPT semakin terhakis sahsiah diri mereka. Ini dapat diperhatikan dengan sahsiah diri negetif mereka antaranya seperti hadir lewat ke kelas terutama sesi pagi, berpakaian selekeh, tidak gemar memakai kad matrik sekalipun diwajibkan dan berselipar ketika hadir ke kelas. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana kesan sahsiah diri negetif ini kepada dunia industri di luar sana iaitu tempat yang para pelajar akan menjalani latihan industri.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Al-Quwwah al-Insaniyyah, Pengajaran dan Pembelajaran, sahsiah diri
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 28 Nov 2016 01:29
Last Modified: 27 Mar 2017 02:48
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/15523
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item