Pejabat, Naib Canselor UMP (2011) Pelan Strategik UMP 2011-2015. Universiti Malaysia Pahang.
|
PDF (Pelan Strategik)
Pelan Strategik UMP 2011-2015.PDF Download (42MB) | Preview |
Abstract
Pelan Strategik UMP 2011-2015 adalah satu manifestasi komitmen semua pihak berkepentingan di UMP bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan UMP sebuah Universiti Teknologi Pilihan Utama bagi fasa 2011-2015. lanya menerangkan secara jelas percaturan strategi yang dilakarkan secara bersama di peringkat pihak Lembaga Pengarah Universiti sehinggalah ke peringkat Pengurusan di setiap PTJ. Semakan semula terhadap kenyataan Visi, Misi dan Objektif mampu menyuntik nafas baharu bagi mendepani masa di persekitaran yang dinarnik. Pembentukan empat Bidang Keberhasilan Utama (KRA) yang baharu berteraskan enam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) adalah cukup realistik dengan mengambil kira keperluan semasa UMP, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan inisiatif semasa dalam arus perdana negara. Ianya adalah dokumen rujukan utama dan perlu didukung oleh setiap warga UMP dalam merangka semua aktiviti semasa di jabatan agar segala hasilnya kelak mampu untuk menyokong kejayaan setiap KPI yang telah digariskan.Semoga aspirasi dan komitmen seluruh warga UMP yang dirangkumkan dalam dokumen mi mampu mengangkat martabat UMP di dalam negara dan di persada dunia.
Item Type: | Other |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Strategic Planning; Universities |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa) |
Faculty/Division: | Vice Chancellor's Office |
Depositing User: | Mr. Mohd Ariffin Abdul Aziz |
Date Deposited: | 20 Feb 2017 01:48 |
Last Modified: | 22 Oct 2018 03:48 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16693 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
![]() |
View Item |