UMP Institutional Repository

Konsep Halal dan Al-Istibra’ Pangasius Sutchii Menurut Perspektif Islam dan Sains Akuakultur

Tengku Nor Hidayati, Tengku Zainal Abidin and Hasan, Ahmad and Ab. Rahim, Mohd-Hairul (2016) Konsep Halal dan Al-Istibra’ Pangasius Sutchii Menurut Perspektif Islam dan Sains Akuakultur. In: 3rd International Halal Conference (INHAC 2016), 21-22 November 2016 , Shah Alam, Malaysia. pp. 1-8.. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
pbmsk-2016-hasan-Konsep halal dan al-istibra.pdf

Download (399kB) | Preview

Abstract

Khinzir dan derivatifnya di kategorikan sebagai najis (kotoran) dalam Islam dan umat Islam dilarang daripada memakan produk daripadanya. Haiwan yang memakan najis dikategorikan sebagai al-jallalah ( haiwan yang tercemar). Haiwan ini perlu di kuarantin terlebih dahulu sebelum dimakan kerana semasa tempoh pengkuarantinan yang tertentu haiwan akan mengalami proses penyucian semulajadi atau istibra’. Ikan patin yang menjadi kegemaran penduduk di Malaysia berkemungkinan diberi makan najis. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti kehadiran DNA khinzir daripada air tangki, perut, kulit dan isi ikan menggunakan masa nyata tindak balas polimerisasi berantai bagi ikan patin (pangasius sutchii) yang diberi makan khinzir. Kajian ini menggunakan Sodium Dodecyl Sulphate (SDS) untuk mengurangkan masa pencernaan dan meningkatkan kualiti DNA yang diekstrak. Kajian terhadap 5 bahagian yang berbeza mendapati perut ikan patin dan kawalan adalah positif terhadap kehadiran khinzir manakala air tangki, kulit dan isi ikan adalah negatif. Perut ikan di dapati telah suci daripada khinzir dalam tempoh 24 jam pengkuarantinan ikan di dalam air bersih.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Uncontrolled Keywords: ḥalāl, al-istibra’, al- jāllalah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 01 Jun 2017 08:07
Last Modified: 01 Jun 2017 08:07
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/17825
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item