UMP Institutional Repository

Pembangunan Nilai Qurani Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Menerusi Nilai Diri Dan Kerja

Rashidi, Abbas and Zilal, Saari (2016) Pembangunan Nilai Qurani Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Menerusi Nilai Diri Dan Kerja. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1 (2). pp. 13-24. ISSN 2289-7216

[img]
Preview
PDF
pbmsk-2016-mardhiyah-Pengaruh Serta Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan.pdf

Download (496kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pembangunan nilai qurani dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang menerusi penerapan nilai diri dan kerja. Sampel kajian seramai 281 orang yang terdiri daripada pelajar sarjana muda semester enam terlibat dalam kajian ini. Sehubungan dengan itu, data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 19.0 bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai, dan Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan adanya perhubungan yang sederhana kuat, yang signifikan antara nilai diri dengan nilai kerja. Sementara itu, tahap penguasaan nilai diri iaitu amanah, tanggungjawab dan telus berada di tahap tinggi. Selain daripada itu, nilai kerja iaitu kerjasama, iltizam dan penambahbaikan berterusan juga berada di tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa adanya perkaitan yang signifikan antara pembangunan nilai diri dan kerja dengan keupayaan pelajar yang perlu diberi perhatian sewajarnya untuk meningkatkan prestasi universiti dan potensi diri pelajar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemahiran Insaniah, Nilai Diri dan Nilai Kerja
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 21 Sep 2017 04:14
Last Modified: 16 May 2018 05:53
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/18608
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item