Syahrina, Ahmad and Jamilah Bebe, Mohamad and Jamal Rizal, Razali (2017) Alih dan campur kod dalam kalangan pelajar kejuruteraan di sebuah universiti awam. In: International Conference on the Teaching and Learning of Languages (ICTLL 2017) , 3-4 April 2017 , Kuching, Sarawak. pp. 1-2.. (Unpublished)
|
PDF
Abstrak Alih dan Campur Kod dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan di sebuah Universiti Awam - Submitted ICTLL2017.pdf Download (123kB) | Preview |
Abstract
Makalah ini membincangkan fenomena peralihan dan percampuran kod atau bahasa yang berlaku dalam komunikasi pelajar sebuah universiti awam di Pantai Timur. Keadaan ini berlaku apabila wujud kod atau bahasa lain yang menyelinap masuk ke dalam struktur ayat bahasa utama yang digunakan dalam proses komunikasi mereka. Kewujudannya boleh dikesan dalam bentuk kata, frasa, klausa mahupun ayat lengkap yang digunakan oleh penutur. Data kajian ini dikutip daripada rakaman percakapan lisan pelajar secara spontan semasa sesi PdP dan juga dalam keadaan santai. Bagi menganalisisnya, model etnografi komunikasi (Dell Hymes, 1974) yang memperlihatkan pertalian antara faktor non-linguistik dengan linguistik telah digunakan. Hasil analisis menunjukkan bahawa amalan alih dan campur kod ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor non-linguistik yang wujud di sekeliling proses komunikasi. Faktor-faktor seperti penguasaan bahasa kedua atau ketiga, penggunaan istilah khusus (jargon), kemahiran bahasa penutur dan pendengar, usaha untuk menjelaskan dan memahami bahan pengajaran serta ingin dilihat lebih bijak turut menjadi pendorong penutur mengamalkan alih dan campur kod.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Lecture) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Linguistik; Percampuran kod |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
Depositing User: | Mr. Tan Wai Chung |
Date Deposited: | 06 Mar 2018 04:10 |
Last Modified: | 23 Mar 2018 08:05 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19477 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |