Modul pembangunan insan holistik (MPIH) dalam menangani cabaran global

Abd Jalil, Borham (2010) Modul pembangunan insan holistik (MPIH) dalam menangani cabaran global. In: Persidangan Serantau Pendidikan Islam , 24-25 July 2010 , Hotel Holiday Inn, Shah Alam, Selangor. pp. 1-14.. (Unpublished)

[img] Pdf
Modul pembangunan insan holistik (MPIH) dalam menangani cabaran global.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (6MB) | Request a copy
[img]
Preview
Pdf
Modul pembangunan insan holistik (MPIH) dalam menangani cabaran global.pdf

Download (253kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini mencadangkan satu rangka Modul Pembangunan lnsan Holistik (MPIH) yang akan mendepani cabaran global. Ia berkait dengan konsep pembangunan insan yang mana mereka perlu dibangunkan dan dididik secara holistik dari kedua-dua aspek iaitu fazikal dan spiritual sesuai dengan fitrah kejadiannya bagi melahirkan kehidupan yang diredai oleh Penciptanya iaitu Allah s.w.t. lnsan pada hari ini berlumba-lumba untuk menuju kepada kemuncak pembangunan bagi menghadapi cabaran global. Melalui perkembangan sains dan teknologi, mereka telah mengeksploitasi sepenuhnya sumber alam kurniaan Allah untuk kesenangan dan kemudahan kehidupan mereka. Walau bagaimanapun satu hakikat yang sukar untuk dinafikan ialah bentuk dan corak pembangunan yang dilaksanakan oleh insan hari ini telah menimbulkan begitu banyak krisis atau masalah sama ada kepada kehidupan insan bermasyarakat atau alam sekitar fizikal. Pembangunan yang dijelmakan oleh insan hari ini, diwarnai dengan pertambahan kadar jenayah, keruntuhan institusi keluarga, pertambahan gejala keruntuhan moral di dalam masyarakat, kelahiran generasi muda yang tidak beretika, kemusnahan alam sekitar serta lain-lain masalah yang amat kronik. Melihat kepada perkembangan tersebut, satu penilaian terhadap bentuk atau corak pembangunan dan pendidikan hari ini adalah merupakan satu perkara yang begitu penting. Paradigma sesebuah masyarakat terhadap pembangunan akan menentukan apakah bentuk dan corak pembangunan dan pendidikan yang akan dilaksanakan di dalam masyarakat tersebut. Konsep pembangunan dan pendidikan yang berteraskan kepada asas dan pandangan yang tidak komprehensif akan menghasilkan natijah atau implikasi negative daripada pembangunan yang dilakukan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Model pembangunan insan holistik; cabaran global
Subjects: A General Works > AZ History of Scholarship The Humanities
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 11 Jun 2019 02:58
Last Modified: 11 Jun 2019 02:58
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21271
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item