Kesan laman web dan blog Islam terhadap kefahaman Fekah: Tinjauan terhadap pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Pahang

Tuan Sidek, Tuan Muda and Abdullah, Mat Sapri and Ahmad Fazullah, Ahmad Zainal Abidin and Ahmad, Ibrahim (2010) Kesan laman web dan blog Islam terhadap kefahaman Fekah: Tinjauan terhadap pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Pahang. In: Regional Conference on Knowledge Integration in ICT , 1-2 June 2010 , Putrajaya. pp. 1-11.. (Unpublished)

[img] Pdf
Kesan laman web dan blog Islam terhadap kefahaman Fekah tinjauan terhadap pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Pahang.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) memainkan peranan yang penting di dalam penyaluran dan perkongsian maklumat. Salah satu bentuk perkongsian yang mudah ialah melalui laman web dan blog. Pelbagai berita, maklumat, pandangan, kritikan hinggalah kepada gosip dan fitnah dapat diperoleh dan dikongsi dengan mudah antara satu sama lain. Tidak terkecuali dalam hal yang berkait dengan Islam dan ajarannya. Mutakhir ini banyak blog dan laman web Islam yang muncul. Ada laman web rasmi jabatan-jabatan agama atau pun pertubuhan-pertubuhan Islam dan banyak juga blog persendirian. Masing-masing mempunyai fokus yang pelbagai. Ada yang menumpukan kepada isu semasa, ada yang memfokuskan kepada perbahasan fekah dan hukum-hakam atau kewangan Islam atau aqidah atau politik atau pelbagai lagi secara khusus. Banyak juga yang menyentuh pelbagai aspek ajaran Islam tanpa membuat pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu. Tidak dapat dinafikan, blog-blog juga cenderung untuk mempromosikan aliran pemikiran mereka. Dengan wujudnya laman-laman web dan blog-blog ini, agak mudah bagi sesiapa yang mempunyai capaian internet untuk mendapatkan maklumat mengenai Islam. Tulisan ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana peranan Iaman-laman web dan blog-blog ini dalam membantu meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap Islam khususnya fekah. Skop kajian dalam tulisan ini menumpukan kepada capaian maklumat berkenaan Islam yang diperoleh menerusi medium-medium internet sama ada di pejabat atau di rumah khususnya di kalangan kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Pahang. Adalah diharapkan tulisan ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak dalam membantu memperkasakan metodologi penyampaian ajaran Islam secara lebih efektif, telus dan mudah kepada masyarakat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT); Kefahaman fekah; Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Faculty of Computer System And Software Engineering
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 16 Jul 2018 04:43
Last Modified: 16 Jul 2018 04:43
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21280
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item