Muhamad Miziazam, Yahya and Ahmad Wifaq, Mokhtar (2018) Penyelarasan fatwa di antara negeri dengan persekutuan: satu analisis sorotan terhadap penyelidikannya di Malaysia. Journal of Fatwa Management And Research, 11 (1). pp. 59-76. ISSN 2232-1047(Print); 0127-8886(Online). (Published)
|
Pdf
Penyelarasan fatwa di antara negeri dengan persekutuan.satu analisis sorotan terhadap.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Artikel ini adalah berkenaan isu ketiadaan penyelarasan fatwa di antara Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (JFK) dengan jawatankuasa fatwa negeri-negeri di Malaysia. Objektif tulisan ini adalah penumpuan kepada masalah penyelarasan fatwa di Malaysia. Ianya isu yang sering diperbahaskan oleh ahli-ahli akademik di peringkat universiti. Pelbagai teori telah dicadang dan dirumuskan solusinya bagi mengatasi perbezaan fatwa yang berlaku khususnya di antara negeri dengan perseketuan. justeru literatur ini menyoroti pendapat dan pandangan penyelidik-penyelidik yang telah membangkitkan masalah ini dalam kajian mereka. Pemboleh ubah-pemboleh ubah seperti halangan enakmen di negeri-negeri, uruf setempat, latarbelakang pendidikan yang berbeza di kalangan mufti dan kelemahan garispanduan yang disediakan oleh JAKIM merupakan faktor-faktor yang membawa kepada masalah tersebut. Justeru berpandukan metod pengumpulan data dan analisis kandungan dokumen penulisan kajian literatur ini telah melihat kembali kajian-kajian yang dilakukan terhadap isu penyelarasan fatwa di Malaysia. Namun setelah diteliti dapatan-dapatan kajian tersebut masih belum dapat mencapai matlamat yang dihasratkan sepenuhnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Coordination; Fatwa; National fatwa council on Islamic affairs and the state fatwa council in Malaysia |
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
Depositing User: | Dr. Mansor Sulaiman |
Date Deposited: | 30 Aug 2018 03:36 |
Last Modified: | 30 Aug 2018 03:36 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21341 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |