UMP Institutional Repository

Analisis kontrastif dalam penggunaan gender antara (والمؤنث المذكر) Bahasa Arab dan Melayu dalam kalangan pelajar kejuruteraan di Universiti Malaysia Pahang

Mohammad Baihaqi, Hasni and Farah Hanan, Aminallah (2017) Analisis kontrastif dalam penggunaan gender antara (والمؤنث المذكر) Bahasa Arab dan Melayu dalam kalangan pelajar kejuruteraan di Universiti Malaysia Pahang. Journal Of Global Business And Social Entrepreneurship (GBSE), 1 (1). pp. 100-109. ISSN 2462-1714

[img]
Preview
Pdf
Analisis kontrastif dalam penggunaan gender.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kertas ini akan menganalisis kontrastif penggunaan gender (والمؤنث المذكر (kata nama kalimah Bahasa Arab dan Bahasa Melayu oleh pelajar kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang. Kemahiran mengenal dan menggunakan kata gender sangat penting bagi menghasilkan ayat yang betul dan tepat. Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif. Data bagi kajian ini diperoleh melalui kertas ujian yang telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar sarjana muda kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang yang mengambil kursus bahasa Arab (Beginner). Pelajar dipilih secara rawak berdasarkan waktu pembelajaran Bahasa Asing. Daripada analisis data yang dilakukan, permasalahan ini berlaku kerana kekeliruan pelajar mengenal bentuk dan jenis perkataan lelaki dan perempuan yang pelbagai dalam bahasa arab. Selain itu, pengaruh bahasa pertama dan budaya juga didapati menjadi faktor penyumbang kepada masalah tersebut. Kesalahan menggunakan kata gender yang betul berdasarkan sistem tatabahasa bahasa Arab akan menyebabkan makna dan maklumat yang hendak disampaikan tidak tercapai. Selain itu, proses pembelajaran dan penggunaan bahasa juga sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor selain linguistik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kontrastif; Gender; Bahasa Arab
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 20 Sep 2018 02:54
Last Modified: 20 Sep 2018 03:00
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21792
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item