Promosi UMP-IR: Pengalaman Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang

Noorul Farina, Arifin and Ratna Wilis Haryati, Mustapa (2015) Promosi UMP-IR: Pengalaman Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang. In: Prosiding NCOAL 2015 - Persidangan Kebangsaan Perpustakaan Akademik , 17-18 March 2015 , Kuantan, Pahang. pp. 177-189.. ISBN 978-967-0691-68-8

[img]
Preview
Pdf
Promosi-UMP-IR-Pengalaman-Perpustakaan-UMP.pdf

Download (396kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan pengalaman Unit Pengurusan Ilmu, Perpustakaan UMP mempromosikan UMP-IR di kalangan para akademia. Unit Pengurusan Ilmu bertanggungjawab dalam mengenalpasti, mengkelas, mendeposit, memantau, menyenggara dan mengemaskini rekod digital bagi kertas persidangan dan artikel jurnal di dalam UMP-IR. Pelbagai strategi promosi yang digunapakai bagi menggalakkan fakulti dan akademia untuk mendeposit bahan ilmiah mereka dan juga menggiatkan penggunaan UMP-IR dikalangan staf UMP. Cabaran utama adalah untuk menarik dan mengekalkan penyertaan sumbangan dalam kalangan staf UMP. Kekurangan sumbangan bahan penyelidikan untuk UMP-IR oleh para akademia juga menjadi faktor utama kepada permasalahan ini. Di samping itu juga, kertas kerja ini turut membincangkan usaha-usaha mempromosi dan meningkatkan koleksi bahan penyelidikan secara digital. Secara khususnya, ia juga meningkatkan pemahaman dan perkongsian ilmu melalui UMP-IR, lantas menggalakkan penggunaan UMP-IR secara lebih meluas melalui capaian dan akses pencarian oleh pengguna. Peningkatan maklumat yang diakses dan dilayari melalui UMP-IR akan mempengaruhi penarafan universiti dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia. Oleh itu, kepentingan promosi yang berkesan amat perlu dilaksanakan dalam memahami konsep penkongsian ilmu. Kesimpulannya, beberapa langkah pemerhatian terhadap usaha yang dijalankan serta penilaian terhadap usaha tersebut turut dibincangkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: UMP-IR, Institutional Repository, Promosi
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources
Faculty/Division: Library
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 05 Nov 2018 00:48
Last Modified: 17 Jun 2020 08:01
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/22530
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item