Penilaian kelayakan asnaf fakir dan miskin berdasarkan had kifayah

Abdul Rahman, Talib and Hasan, Ahmad (2018) Penilaian kelayakan asnaf fakir dan miskin berdasarkan had kifayah. In: Proceedings Book: National Conference for Postgraduate Research (NCON-PGR 2018) , 28-29 August 2018 , Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Pahang. pp. 298-306.. ISBN 978-967-22260-5-5

[img]
Preview
Pdf
Penilaian kelayakan asnaf fakir dan miskin.pdf

Download (636kB) | Preview

Abstract

Had kifayah adalah satu ukuran kecukupan seseorang untuk menanggung perbelanjaan bagi keperluan asas diri dan tanggungannya. Keperluan asas yang menjadi keperluan asasi setiap individu akan mengambil kira objektif atau maqasid al shariah bagi tujuan agama (hifz ad-din), menjaga akal (hifz al-aql), menjaga nyawa (hifzan-nafs), menjaga harta (hifz almal) dan menjaga keturunan (hifz an-nasab). Elemen yang termasuk penggiraan had kifayah adalah item makanan,kediamaan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan. Pengunaan kaedah had kifayah dalam penilaian asnaf adalah bertujuan supaya individu atau asnaf yang layak menerima zakat akan mendapat hak dalam agihan zakat pada kadar mencukupi untuk diri dan tanggungannnya. Ia juga bertujuan supaya agihan zakat tidak tersalah agih kepada yang tidak berkelayakan. Namun begitu kajian ini mendapati had kifayah antara negeri di Malaysia tidak seragam dan berbeza kerana penilaian yang berbeza dalam menentukan kos sara hidup semasa dan setempat yang terpaksa ditanggung oleh seseorang individu, begitu juga perbezaan penggiraan dan penentuan item had kifayah yang diguna pakai oleh setiap Majlis Agama Islam Negeri(MAIN). Kajian berhubung had kifayah sebagaimana yang diamalkan MAIN dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) amat penting bagi memastikan agihan zakat menepati maqasid al shariah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Had Kifayah; Fakir dan Miskin; Majlis Agama Islam Negeri; Agensi Mengurus Zakat
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Pn. Hazlinda Abd Rahman
Date Deposited: 24 Jul 2019 08:35
Last Modified: 24 Jul 2019 08:35
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23095
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item