Kesejahteraan keluarga dan pola komunikasi dalam keluarga

Mohamad Nawawy, Jusoh and Fatmawati, Latada (2018) Kesejahteraan keluarga dan pola komunikasi dalam keluarga. In: Proceedings Book: National Conference for Postgraduate Research (NCON-PGR 2018) , 28-29 August 2018 , Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Pahang. pp. 347-353.. ISBN 978-967-22260-5-5

[img]
Preview
Pdf
kesejahteraan keluarga dan pola.pdf

Download (120kB) | Preview

Abstract

Kesejahteraan keluarga merupakan tonggak yang penting untuk melahirkan komuniti dan negara yang harmonis dan maju. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pola komunikasi mampu mensejahterakan sesebuah keluarga. Melalui hasil kajian ini juga telah menunjukkan bahawa pola komunikasi tertentu yang diamalkan dalam keluarga mampu memberikan impak yang sangat besar terhadap perkembangan dan pembangunan ke arah sebuah keluarga yang sejahtera. Komunikasi yang dimaksudkan bukan sekadar menyampaikan mesej tetapi juga menentukan kualiti hubungan peribadi. Faktor hubungan ini adalah sangat penting bagi menentukan kualiti kesejahteraan dalam keluarga. Hubungan suami isteri dan anakanak dapat dilihat dari aspek keakraban, komitmen, penyingkapan diri dan dominasi. Untuk meningkatkan komunikasi dalam keluarga model-model seperti ABX, Stimulus-Response dan Interasional banyak diutarakan oleh sarjana. Model-model ini banyak membantu ke arah pembentukan kesejahteraan keluarga. Antara peranan komunikasi yang perlu adalah saling mempercayai yang seterusnya mewujudkan integriti dikalangan keluarga. Keadaan tersebut memberi kesan yang positif dalam pembinaan sesebuah keluarga. Kertas kerja ini membincangkan tentang pentingnya hubungan antara ahli keluarga. Justeru itu, kajian ini telah menggunakan kaedah kajian kualitatif melalui dapatan data sekunder yang melibatkan bentuk tulisan seperti jurnal, artikel, buku-buku dan prosiding. Rumusan kajian ini telah membuktikan bahawa kesejahteraan keluarga sangat bergantung kepada komuniti keluarga yang hidup dalam keadaan harmonis. Justeru itu komunikasi yang baik dalam sesebuah keluarga perlu dititik beratkan bagi membentuk sebuah keluarga yang efektif, kreatif dan inovatif disamping meningkatkan produktiviti sesebuah negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Uncontrolled Keywords: Kesejahteraaan; Pola Komunikasi; Keluarga
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Institute of Postgraduate Studies
Depositing User: Pn. Hazlinda Abd Rahman
Date Deposited: 21 Aug 2019 01:52
Last Modified: 06 Aug 2020 02:35
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23110
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item