Kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital : Analisis dari perspektif syariah

Khosenulhan, Ab. Rahman and Hasan, Ahmad (2018) Kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital : Analisis dari perspektif syariah. In: Proceedings Book: National Conference for Postgraduate Research (NCON-PGR 2018) , 28-29 August 2018 , Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Pahang. pp. 365-372.. ISBN 978-967-22260-5-5

[img]
Preview
Pdf
Kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital.pdf

Download (174kB) | Preview

Abstract

Perkhidmatan kesihatan merupakan antara perkhidmatan asas yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Di Malaysia, penjagaan kesihatan dilaksanakan bersama-sama sektor awam dan swasta. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sama ada tahap kualiti terhadap perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan mahupun di hospital swasta bertepatan dengan prespektif syariah. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa perkhidmatan kesihatan berasaskan syariah adalah berkualiti dan membawa kesan positif serta mendorong kepada kepuasan pesakit disamping meningkatkan kompetensi dalaman mereka. Ia boleh menjadi asas kepada dasar amalan oleh pihak pengurusan hospital dalam penyediaan perkhidmatan perubatan yang lebih konprehensif kepada pesakit. Fokus kajian akan membincangkan skop asas kualiti dan halangan perkhidmatan serta kepentingan syariah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan merujuk kepada artikel, journal, bukubuku kesihatan, laporan conference dan Al-Quraan serta Hadis. Rumusan kajian menunjukan bahawa perkhidmatan kesihatan berasaskan syariah lebih berkualiti dan memberi kelebihan kepada pesakit untuk menyelesaikan masalah kesihatan dan mampu memberangsangkan perkhidmatan dengan berkesan. Ini kerana konsep syariah mempunyai item-item khusus yang mampu menjana kualiti perkhidmatan dan kepuasan pesakit ketika mendapatkan rawatan perubatan di hospital.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Kualiti Perkhidmatan; Elemen Syariah; Kepuasan Pesakit; Pengurusan Kesihatan; Hospital
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Pn. Hazlinda Abd Rahman
Date Deposited: 21 Aug 2019 02:47
Last Modified: 21 Aug 2019 02:47
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23114
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item