UMP Institutional Repository

Pemantapan Elemen Disiplin melalui Kaedah Biofeedback dalam Kalangan Mahasiswa

Shahidah, Hamzah and Lutfan, Jaes and Muhammad Nubli, Abdul Wahab (2018) Pemantapan Elemen Disiplin melalui Kaedah Biofeedback dalam Kalangan Mahasiswa. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 2018 (Special I.). pp. 201-218. ISSN 2289-8042

[img]
Preview
Pdf
jsass_khas02_014_shahidah.pdf - Published Version

Download (417kB) | Preview

Abstract

Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan nilai disiplin dalam diri masing-masing. Individu adalah bermoral apabila tindakan yang betul dilaksanakan dan dilakukan secara konsisten. Ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Pembudayaan nilai disiplin merupakan salah satu penekanan bagi menjayakan hasrat tersebut. Disiplin merupakan suatu jenis latihan yang melahirkan individu supaya menjadi insan yang berakhlak mulia, berfikiran rasional, mematuhi undang-undang, menghormati hak individu lain, bertanggungjawab serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979). Pelbagai langkah telah dijalankan oleh kerajaan dalam meningkatkan nilai disiplin individu. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur tahap disiplin individu menggunakan sifat skor spektrum kuasa Heart Rate Variability (HRV) dan kitaran pernafasan. Seramai 50 orang peserta yang terdiri dari mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak sistematik. Protokol biofeedback dijalankan ke atas peserta. Data yang di perolehi dianalisis untuk mengenal pasti perubahan tahap peningkatan disiplin dalam diri mereka melalui pengawalan emosi. Hasil dapatan mendapati peserta berjaya meningkatkan tahap pengawalan emosi melalui bacaan HRV.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Disiplin, Biofeedback, Heart Rate Variability, Kitaran Pernafasan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: PM. Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab
Date Deposited: 11 Jan 2019 08:21
Last Modified: 11 Jan 2019 08:21
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23578
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item