Terenang: Khazanah Tembikar Pahang

Mohd Zamani, Nor Peah and Muhammad Nubli, Abdul Wahab and Zahirah, Harun (2019) Terenang: Khazanah Tembikar Pahang. In: Seminar Sejarah, Budaya Dan Pembangunan Negeri Pahang , 5 January 2019 , Perpustakaan Awam Daerah Bentong. pp. 1-21..

[img]
Preview
Pdf
TERENANG Khazanah Tembikar Pahang.pdf

Download (554kB) | Preview

Abstract

Terenang merupakan antara produk tembikar tradisional tempatan di Semenanjung Malaysia selain daripada Labu Sayong dan tembikar Mambong. Kegiatan penghasilan Terenang berpusat di Kampung Pasir Durian dan Temin Kraf di daerah Jerantut, Pahang. Seiring dengan kemajuan hari ini, pembuatan tembikar tradisional juga mengalami perubahan dari sudut penggunaan teknologi seperti yang berlaku pada penghasilan Labu Sayong di Perak. Penggunaan teknologi moden dalam proses pembuatan sangat membantu dalam melestarikan kegiatan ini daripada pupus dalam arus kemajuan. Namun persoalannya adakah kegiatan penghasilan tembikar Terenang turut sama menggunakan teknologi moden di dalam proses pengeluaran. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif yang merakam secara deskriptif melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen ke atas proses penghasilan Terenang di Temin Kraf. Data-data yang diperoleh telah dianalisis dengan mengkategorikan ia berdasarkan tema-tema yang telah dikenal pasti. Dapatan kajian menunjukkan terdapat penggunaan teknologi moden pada kegiatan pembuatan tembikar tradisional Terenang. Ini dapat diperhatikan pada proses bahan utama, proses pembuatan, proses dekorasi, dan kaedah pembakaran. Usaha Temin Kraf yang memanfaatkan penggunaan teknologi moden merupakan satu langkah yang membawa kegiatan ini ke satu tahap baharu yang dapat mempelbagaikan jenis dan reka bentuk Terenang serta menambahkan jumlah pengeluaran yang dapat dilakukan dengan segera. Bagaimanapun kajian ini menyarankan perlunya suatu usaha yang proaktif dan drastik diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa warisan ini akan terus dilestarikan untuk dihayati oleh generasi akan datang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: warisan, tembikar, Terenang, teknologi, kraf
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 19 Mar 2019 07:47
Last Modified: 19 Mar 2019 07:47
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/24571
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item