Membangunkan garis panduan kaedah rawatan kesuburan IVF (In-Vitro Fertilization) berteraskan syarak

Abdullah, Long (2017) Membangunkan garis panduan kaedah rawatan kesuburan IVF (In-Vitro Fertilization) berteraskan syarak. Masters thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, Thesis advisor: Mansor, Sulaiman).

[img]
Preview
Pdf
Membangunkan garis panduan kaedah rawatan kesuburan IVF (In-Vitro Fertilization) berteraskan syarak.wm.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Tesis ini cuba untuk mengenalpasti kedudukan rawatan IVF (In-Vitro Fertilization) berdasarkan hukum Syariah. Di Malaysia, kaedah rawatan ini telah difatwakan harus pada tahun 1982 dan disambut baik oleh masyarakat terutamanya mereka yang menghadapi masalah kesuburan. Dari itu, lebih ramai lagi umat Islam yang menjalani rawatan kesuburan. Walau bagaimanapun boleh dikatakan fatwa yang telah dikeluarkan di Malaysia ini masih bersifat umum dan tidak merangkumi semua aspek rawatan kesuburan. Selain dari itu, mungkin terdapat persoalan terhadap garis panduan syariah mengenai setiap prosedur dalam setiap proses rawatan kesuburan ini. Justeru, kajian ini akan menyiasat fatwa yang sedia ada berkaitan rawatan kesuburan di Malaysia dan di luar negara dan tahap pemahaman pesakit dan staf pusat rawatan kesuburan berkaitan fatwa yang telah dikeluarkan. Kajian juga melihat isu-isu lain yang mungkin diketengahkan oleh para Imam Mazhab. Satu soalan terbuka diberikan untuk dijawab oleh sampel kajian. Daripada data diperolehi, permasalahan hukum syariah telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Munakahat (Keluarga Islam, Hukum Sosial, Fiqh Ibadah, Fiqh Qadha (Undang-undang Hukum Islam), Fiqh Umum dan Usul Fiqh. Di akhirnya, mencadangkan garis panduan hukum Syariah berkaitan proses dan prosedur rawatan kesuburan terutamanya isu-isu yang masih mendatangkan persoalan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (Sarjana Teknologi Kemanusiaan (Sistem Prestasi Manusia)) -- Universiti Malaysia Pahang – 2017, SV: DR. MANSOR BIN SULAIMAN, NO. CD: 11227
Uncontrolled Keywords: Garis panduan; In-Vitro Fertilization; hukum syarak
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Sufarini Mohd Sudin
Date Deposited: 02 Jul 2019 03:55
Last Modified: 06 Apr 2023 01:47
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/24953
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item