Persepsi masyarakat terhadap program pengimarahan masjid di negeri Pahang: Satu analisis

Azlan, Abd. Rahman and Rashidi, Abbas (2017) Persepsi masyarakat terhadap program pengimarahan masjid di negeri Pahang: Satu analisis. In: e-Proceeding of the 4th International Conference on Masjid, Zakat and Waqf Management 2017 (IMAF-2017) , 4-5 December 2017 , Bangi, Selangor, Malaysia. pp. 285-295.. ISBN 978-967-13087-3-8

[img]
Preview
Pdf
AZLAN 285-295-imaf-2017.pdf

Download (548kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat persepsi masyarakat terhadap program pengimarahan masjid di negeri Pahang. Perlunya diperbetulkan persepsi masyarakat yang menganggap bahawa fungsi masjid hanya terbatas kepada tempat beribadah dan mendirikan solat jemaah sahaja. Jika ahli masyarakat sendiri gagal atau kurang berminat untuk mengimarahkan masjid, akibatnya banyaklah gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat gagal ditangani dengan baik. Contohnya pelbagai kejadian yang amat merungsingkan berlaku di hadapan mata kita, mahupun yang didedahkan di dalam akhbar. Ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan generasi muda dan remaja, malah turut terpalit dalam golongan dewasa. Pentadbiran dan pengurusan masjid perlulah dikemaskini terutamanya dari sudut kemahiran pengurusan secara profesional. Seramai 30 orang responden telah dipilih dalam kajian rintis tersebut. 18 orang adalah responden lelaki dan 12 orang adalah responden perempuan. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitif. Bagi mengumpulkan data dan maklumat yang diperlukan, kajian ini terbahagi kepada dua iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian ini berbentuk deskriptif. Data telah dianalisis melalui SPSS versi 2.3. Dapatan kajian menunjukkan persepsi masyarakat terhadap perjalanan kelas agama di masjid, pengurusan masjid serta penceramah, keseluruhannya adalah baik dan memuaskan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Program pengimarahan masjid; persepsi masyarakat
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 05 Aug 2019 01:52
Last Modified: 30 Sep 2019 06:42
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/25112
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item