UMP Institutional Repository

Persepsi Kepimpinan Sekolah (KS) Terhadap Sipartners+ Yang Menjalankan Bimbingan Kepada Mereka Di Pantai Timur Malaysia

Hasmadi, Hassan and Mohd Azuri, Shaari (2019) Persepsi Kepimpinan Sekolah (KS) Terhadap Sipartners+ Yang Menjalankan Bimbingan Kepada Mereka Di Pantai Timur Malaysia. In: eProsiding: Cabaran Pengajian Islam Dalam Era Revolusi Industri 4.0 (SePIA 1.0), 25-26 September 2019 , Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Pahang, Malaysia. pp. 374-380.. ISBN 978-967-17268-1-5

[img]
Preview
Pdf
Persepsi Kepimpinan Sekolah (KS) Terhadap Sipartners.pdf

Download (48kB) | Preview

Abstract

Mulai dari tahun 2013 setiap Kepimpinan Sekolah di Malaysia akan mempunyai rakan pembimbing penambahbaikan sekolah iaitu School Improvement Partners (SIPartners+ ) yang digambarkan sebagai rakan kritikal dan peranannya adalah untuk menyokong dan mencabar Kepimpinan Sekolah. Ini adalah berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan terkandung dalam Anjakan ke-enam yang digariskan dalam PPPM yang mesti dicapai dalam tempoh Gelombang Satu 2013-2015. Kajian ini merupakan satu kajian berasaskan kaedah kuantitatif dan dapatan data dianalisis menggunakan perisian SPSS IBM Version 20.0 yang melibatkan kajian di tiga buah negeri di Pantai Timur, Malaysia yang dinilai berdasarkan keperluan dasar negara dari perspektif penerima langsung iaitu Kepimpinan Sekolah. Terdapat pelbagai persepsi berbeza-beza pihak Kepimpinan Sekolah terhadap SIPartners+ daripada aspek bimbingan, kemahiran dan pengalaman mereka dan sokongan serta cabaran yang diberikan oleh SIPartners+ . Ianya banyak seolah-olah bergantung kepada kepakaran dan kelakuan individu SIPartners+ itu sendiri dan pendapat mereka adalah tidak konsisten di antara satu sama lain. Agenda ditetapkan oleh SIPartners+ dilihat sebagai terlalu memberi tumpuan kepada data daripada perbincangan tentang pengajaran dan pembelajaran serta keperluan untuk SIPartners+ itu sendiri. Dengan adanya maklumat tentang keberkesanan bimbingan SIPartners+ terhadap Kepimpinan Sekolah serta pencapaian akademik murid-murid, diharap pihak KPM, JPN mahupun PPD dapat merancang dan melaksanakan model bimbingan baru atau penambahbaikan agar kepimpinan sekolah dapat meningkatkan kualiti profesional kepimpinan sekolah dan pencapaian akademik murid-murid di sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: School Improvement Partners (SIPartners+), Kepimpinan Sekolah, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Persepsi
Subjects: L Education > L Education (General)
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 09 Oct 2019 00:49
Last Modified: 13 Dec 2019 03:56
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26046
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item