Pembangunan model latihan spiritual Islam (MLSI) dalam mempertingkatkan kualiti personal dan kebolehpasaran pelajar

Mohd Suhardi, Mat Jusoh and Rashidi, Abbas and Wan Suraya, Wan Nik (2019) Pembangunan model latihan spiritual Islam (MLSI) dalam mempertingkatkan kualiti personal dan kebolehpasaran pelajar. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1 (5). pp. 10-22. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Pembangunan model latihan spiritual Islam.pdf

Download (718kB) | Preview

Abstract

Pembangunan nilai kualiti personal dilihat sebagai suatu keperluan yang mendesak masa kini dalam usaha memenuhi sebahagian dari aspek kemahiran employability. Walau bagaimanapun, melalui tinjauan sorotan kajian literatur lepas, didapati tidak banyak data empirikal yang menjelaskan secara holistik mekanisma latihan spiritual berasaskan agama dalam rangka pemupukan kualiti personal diri seseorang pelajar universiti. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap kefahaman dan konsistensi serta mengkaji keberkesanan latihan spiritual berasaskan agama dalam rangka pemupukan nilai kualiti personal dalam kalangan pelajar universiti. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian tinjauan iaitu data-data kajian diperolehi melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 162 responden di Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman responden dalam aspek keperluan dan keberkesanan latihan spiritual berada di tahap min yang tinggi. Sebaliknya, pengukuran aspek konsistensi latihan spiritual dalam kalangan responden berada di tahap min yang sederhana tinggi. Oleh itu, ujian korelasi telah mengesahkan bahawa terdapatnya hubungan yang sederhana kuat dan signifikan antara kefahaman latihan spiritual, tahap konsistensi dan kesan pemupukan kualiti personal (r = 0.43, p < 0.01). Akhirnya, kajian ini merumuskan bahawa aspek kefahaman dan tahap konsistensi latihan spiritual perlu dipertingkatkan dalam usaha pemupukan nilai kualiti personal pelajar universiti.

Item Type: Article
Additional Information: The Development of Islamic Spiritual Training Model (ISTM) for the Improvement of Students’ Personal Quality and Employability
Uncontrolled Keywords: Latihan Spiritual, Kualiti Personal, Employability, Tahap Konsistensi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 26 Nov 2019 06:46
Last Modified: 26 Nov 2019 06:46
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26614
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item