UMP Institutional Repository

Penilaian kelayakan asnaf fakir dan miskin berdasarkan had kifayah

Abdul Rahman, Talib and Hasan, Ahmad (2019) Penilaian kelayakan asnaf fakir dan miskin berdasarkan had kifayah. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1 (5). pp. 23-41. ISSN 2289-7216

[img]
Preview
Pdf
Penilaian kelayakan asnaf fakir.pdf

Download (665kB) | Preview

Abstract

Had kifayah adalah satu ukuran kecukupan seseorang untuk menanggung perbelanjaan bagi keperluan asas diri dan tanggungannya. Keperluan asas yang menjadi keperluan asasi bagi setiap individu mengambil kira maqasid al syariah bagi memelihara maslahah hifz din (memelihara agama), hifz aql ( memelihara akal), hifz nafs (memelihara nyawa), hifz mal (memelihara harga) dan hifz nasl (memelihara keturunan). Elemen atau item bagi pengukuran Had Kifayah asnaf fakir dan miskin ialah keperluan makanan, kediaman, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan (JAWHAR, 2009). Penggunaan kaedah Had Kifayah dalam menentukan keperluan secara daruriyyah bagi setiap individu adalah kaedah bagi memastikan hanya yang layak sahaja menerima zakat dan tidak ada asnaf yang sepatutnya mendapat agihan zakat akan tercicir. Ketidak seragaman dalam penentuan kadar dan penilaian Had Kifayah ini juga disebabkan oleh penggunaan metode dan agensi penyelidikan yang berbeza dalam membuat kajian dan penyelidikan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Agensi Mengurus Zakat Negeri (AMZ). Kaedah yang diguna pakai dalam kajian Had Kifayah adalah berdasarkan kepada keperluan asasi secara sederhana atau daruriyyah dan hajiyyah. Metod kajian dan penilaian Had Kifayah dan pengukuran miskin dan miskin tegar yang digunakan oleh MAIN adalah berbeza dengan yang digunapakai oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Had Kifayah, Maqasid Syariah, Fakir dan Miskin, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 26 Nov 2019 06:54
Last Modified: 26 Nov 2019 06:54
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26615
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item