UMP Institutional Repository

Prosedur Rawatan In-Vitro Fertilisation (IVF): Suatu Kupasan Berdasarkan Pandangan Syarak

Mansor, Sulaiman and Abdullah, Long and Zailin Shah, Yusoff and Ahmad Irfan, Ikmal Hisham and Ahmad Murad, Zainuddin and Hasan, Ahmad (2019) Prosedur Rawatan In-Vitro Fertilisation (IVF): Suatu Kupasan Berdasarkan Pandangan Syarak. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 5 (1). pp. 42-59. ISSN 2289-7216

[img]
Preview
Pdf
Prosedur Rawatan In-Vitro Fertilisation.pdf

Download (880kB) | Preview

Abstract

Tulisan ini bertujuan menjelaskan pandangan syarak berkenaan perlaksanaan prosedur-prosedur rawatan kesuburan dalam kategori IVF (in-Vitro Fertilisation). Sebagai penentuan kepada batasan kajian, tulisan ini memfokuskan kepada 7 prosedur yang berkenaan sahaja sepertimana yang disyorkan oleh pihak pakar yang berkaitan. Dalil-dalil dan kaedah-kaedah syarak dirujuk bagi mengenalpasti pandangan syarak terhadap prosedur-prosedur tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa rawatan kesuburan ini bukanlah isu baharu dalam perbincangan syarak. Walaupun begitu perbincangan berkenaannya lebih bersifat umum dan boleh dijadikan rujukan bagi mengenalpasti pandangan syarak terhadap prosedur-prosedur yang berkenaan. Selain itu, kajian ini juga dapat merungkai pandangan syarak terhadap isu-isu sampingan yang berkaitan prosedur-prosedur tersebut, di samping mengenalpasti bahawa ‘maslahah’ merupakan perkara yang sangat besar peranannya di sebalik keharusan prosedur-prosedur yang berkenaan. Akhirnya diharapkan tulisan ini akan dapat dijadikan rujukan dalam isu-isu baru khususnya yang memerlukan kepada penjelasan syarak terhadapnya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: IVF, maslahah, perubatan Islam, halal
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 26 Nov 2019 07:00
Last Modified: 26 Nov 2019 07:00
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26616
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item