Tahap keyakinan penjaga terhadap aktiviti pembelajaran dalam membimbing pelajar untuk melahirkan generasi Al-Quran

Abdul Halim, Taib and Hasmadi, Hassan (2019) Tahap keyakinan penjaga terhadap aktiviti pembelajaran dalam membimbing pelajar untuk melahirkan generasi Al-Quran. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 2 (7). pp. 20-25. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Tahap keyakinan penjaga terhadap aktiviti.pdf

Download (357kB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian kes bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi “ Tahap Keyakinan Penjaga Terhadap Aktiviti Pembelajaran `SAR-KAFA’ di Kariah Masjid Kampung Pandan Satu, Kuantan. Kajian ini melibatkan semua penjaga pelajar. Sebanyak 52 set borang soal-selidik telah disedia dan diedarkan kepada penjaga melalui pihak pengurusan `SAR-KAFA’. Data-data yang telah dikumpul, dianalisis dengan menggunakan aplikasi perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 23. Darjah kebolehpercayaan (nilai alpha cronbach) bagi item soal-selidik adalah .879. Kajian mendapati bahawa tahap keyakinan penjaga berada pada tahap tinggi dengan purata min ialah 4.4511. dan 4.500 bagi tahap kerjasama penjaga. Walaubagaimanapun didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keyakinan dan tahap kerjasama penjaga dengan faktor demografi keluarga pelajar. Kegagalan membaca al-Quran dengan baik dan sempurna membawa kesan yang negatif dan berkekalan terhadap individu Islam. Kajian menunjukkan (Mohd. Yakub @ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff dan Saidi bin Mohd yang dipetik oleh Nor Rohizan ,2018) bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar baik di sekolah, kolej atau institusi-institusi pengajian dalam pembacaan al-Quran adalah pelajar kurang lancar membaca al-Quran, pelajar kurang menghayati hukum-hukum tajwid, pelajar lemah atau sukar menyebut `makhraj’ huruf dan pelajar lemah tulisan jawi. Persepsi sepertimana di atas di dapati berperanan dan memberi impak yang mendalam kepada tahap keyakinan penjaga terahadap aktiviti pembelajaran di “SAR-KAFA”.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Demografi; Kebolehpercayaan; Kerjasama; Keyakinan; Signifikan; Tahap
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 12 Dec 2019 04:00
Last Modified: 12 Dec 2019 04:00
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26841
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item