Pengaruh faktor jantina dan opsyen guru-guru Bahasa Inggeris terhadap gaya pengajaran

Zamri, Basumi and Hasmadi, Hassan (2019) Pengaruh faktor jantina dan opsyen guru-guru Bahasa Inggeris terhadap gaya pengajaran. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 2 (7). pp. 79-86. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Pengaruh faktor jantina dan opsyen.pdf

Download (357kB) | Preview

Abstract

Kajian ini yang menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian, adalah bertujuan untuk meneroka secara analitik tentang pengaruh faktor demografi dari aspek jantina dan opsyen guru-guru Bahasa Inggeris di daerah Mersing terhadap penggunaan gaya pengajaran di kalangan mereka. Ini dilakukan dengan mengenal pasti kewujudan perbezaan yang signifikan di antara aspek-aspek demografi tersebut terhadap setiap jenis gaya pengajaran iaitu gaya Pakar, gaya Autoriti Formal, gaya Model Peribadi, gaya Fasilitator dan gaya Delegator. Kajian ini dijalankan untuk meneroka tentang faktor gaya pengajaran guru yang mungkin menjadi salah satu punca terhadap masalah kelemahan pelajar-pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris di daerah Mersing. Kajian ini melibatkan seramai 122 orang responden daripada taburan populasi seramai 125 orang guru subjek Bahasa Inggeris di 32 buah sekolah kebangsaan dalam daerah Mersing, Johor. Data yang dikumpulkan melalui soal selidik yang diubahsuai daripada Inventori Gaya Pengajaran Guru Grasha (1996), telah diproses dan dianalisis menggunakan kaedah ujian-t untuk memenuhi objektif kajian dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) for Windows’ versi 22.0. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dengan guru perempuan terhadap faktor gaya pengajaran Pakar, Fasilitator dan Delegator sahaja. Manakala dari aspek opsyen guru pula, kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru opsyen dan bukan guru opsyen terhadap faktor gaya pengajaran Model Peribadi sahaja.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: gaya pengajaran, jantina guru, opsyen mengajar guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 12 Dec 2019 06:39
Last Modified: 12 Dec 2019 06:39
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26854
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item