Pengaruh faktor jantina dan opsyen guru-guru Bahasa Inggeris terhadap gaya pengajaran

Hasmadi, Hassan and Zamri, Basumi (2019) Pengaruh faktor jantina dan opsyen guru-guru Bahasa Inggeris terhadap gaya pengajaran. In: eProsiding: Cabaran Pengajian Islam Dalam Era Revolusi Industri 4.0 (SePIA 1.0) , 25-26 September 2019 , Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Pahang, Malaysia. pp. 286-294.. ISBN 978-967-17268-1-5

[img]
Preview
Pdf
Pengaruh faktor jantina dan opsyen guru-guru Bahasa Inggeris1.pdf

Download (88kB) | Preview

Abstract

Kajian ini yang menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian, adalah bertujuan untuk meneroka secara analitik tentang pengaruh faktor demografi dari aspek jantina dan opsyen guru-guru Bahasa Inggeris di daerah Mersing terhadap penggunaan gaya pengajaran di kalangan mereka. Ini dilakukan dengan mengenal pasti kewujudan perbezaan yang signifikan di antara aspek-aspek demografi tersebut terhadap setiap jenis gaya pengajaran iaitu gaya Pakar, gaya Autoriti Formal, gaya Model Peribadi, gaya Fasilitator dan gaya Delegator. Kajian ini dijalankan untuk meneroka tentang faktor gaya pengajaran guru yang mungkin menjadi salah satu punca terhadap masalah kelemahan pelajar-pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris di daerah Mersing. Kajian ini melibatkan seramai 122 orang responden daripada taburan populasi seramai 125 orang guru subjek Bahasa Inggeris di 32 buah sekolah kebangsaan dalam daerah Mersing, Johor. Data yang dikumpulkan melalui soal selidik yang diubahsuai daripada Inventori Gaya Pengajaran Guru Grasha (1996), telah diproses dan dianalisis menggunakan kaedah ujian-t untuk memenuhi objektif kajian dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) for Windows’ versi 22.0. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dengan guru perempuan terhadap faktor gaya pengajaran Pakar, Fasilitator dan Delegator sahaja. Manakala dari aspek opsyen guru pula, kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru opsyen dan bukan guru opsyen terhadap faktor gaya pengajaran Model Peribadi sahaja

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Teaching style, teacher’s sex, teacher’s teaching option
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > LB Theory and practice of education
Faculty/Division: Center for Modern Languages
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 12 Dec 2019 07:32
Last Modified: 12 Dec 2019 07:32
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26862
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item