UMP Institutional Repository

Tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan teknologi mudah alih dalam pengajaran Pendidikan Islam sekolah rendah

Hasmadi, Hassan and Sylviano, Abu Bakar (2019) Tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan teknologi mudah alih dalam pengajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. In: eProsiding: Cabaran Pengajian Islam Dalam Era Revolusi Industri 4.0 (SePIA 1.0), 25-26 September 2019 , Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Pahang, Malaysia. pp. 408-414.. ISBN 978-967-17268-1-5

[img]
Preview
Pdf
Tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam.pdf

Download (130kB) | Preview

Abstract

Penggunaan teknologi mudah alih pada masa kini kepada guru-guru terutamanya guru pendidikan Islam sebagai bahan bantu mengajar merupakan satu kepentingan dan ia juga merupakan antara ciri-ciri guru abad ke 21 sebagaimana yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kajian ini telah menggunakan metode kuantitatif dan kualitatif secara gabungan. Kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian dan analisis dokumen telah dijalankan untuk mengetahui tahap kesediaan guru pendidikan Islam terhadap teknologi mudah alih dalam pengajaran pendidikan Islam dari aspek pengetahuan. Kajian ini telah melibatkan responden yang dipilih secara persampelan mudah (convenience random) daripada populasi seramai 130 orang guru pendidikan Islam yang mengajar mata pelajaran pendidikan Islam di 36 buah sekolah dalam tempat kajian. Data yang dikumpul melalui soal selidik telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif sejajar dengan objektif kajian dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) for Windows’ versi 24.0. Manakala data yang berkaitan dengan temubual telah dijadikan sebagai data tambahan. Akhirnya, dapatan daripada kajian ini akan membantu penyelidik mengenalpasti tahap kesediaan guru pendidikan Islam terhadap penggunaan teknologi mudah alih dari aspek pengetahuan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Kesediaan Pengetahuan, Tahap Pengetahuan, Penggunaan Teknologi Mudah alih, Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 13 Dec 2019 03:34
Last Modified: 13 Dec 2019 03:34
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26891
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item