Simpton-simpton lazim gangguan makhluk halus: Satu analisis berdasarkan jantina di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Zon Tengah

Mohd Jim, Hamzah (2018) Simpton-simpton lazim gangguan makhluk halus: Satu analisis berdasarkan jantina di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Zon Tengah. Jurnal Pendidikan Serantau, 4 (1). pp. 1009-1019. ISSN 2289-909X. (Published)

[img] Pdf
ARTIKEL 2.docx
Restricted to Repository staff only

Download (44kB) | Request a copy

Abstract

Gangguan makhluk halus telah menjadi satu fenomena dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya bangsa Melayu yang kerap mendakwa mengalami gangguan makhluk halus apabila berkunjung ke pusat-pusat rawatan Islam. Fenomena mistik ini sering dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit misteri yang tidak dapat dibuktikan oleh perubatan moden. Dalam kaedah pengubatan Islam, gangguan makhluk halus ini boleh dikenalpasti melalui simptom-simptom tertentu. Berdasarkan simptom-simptom yang telah dikenal pasti maka kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan bagi mencari perbezaan simptom-simptom gangguan makhluk halus berdasarkan jantina pesakit. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk penyelidikan tinjauan. Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis diskriptif melalui perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah berbentuk soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa konstruk keadaan fizikal ketika tidur mencatatkan min yang tertinggi bagi lelaki dan perempuan dengan perempuan mengatasi min lelaki. Sementara itu, konstruk keadaan hubungan sosial mencatatkan min yang terendah bagi lelaki dan perempuan dengan perempuan mengatasi min lelaki. Walau bagaimanapun, konstruk keadaan fizikal ketika jaga mencatatkan jurang perbezaan min yang besar antara lelaki dan perempuan iaitu 0.53 manakala konstruk keadaan rumah tangga mencatatkan jurang perbezaan min yang terendah antara lelaki dan perempuan iaitu 0.09. Selain itu, simptom lazim gangguan makhluk halus iaitu terdapat kesan lebam pada mana-mana bahagian tubuh badan mencatatkan jurang perbezaan min yang tertinggi antara lelaki dan perempuan iaitu 0.91 manakala simptom sering bertengkar dengan pasangan (suami atau isteri) dalam isu yang remeh-temeh mencatatkan jurang perbezaan min yang terkecil iaitu 0.04. Kajian ini dapat memberikan informasi kepada pesakit, perawat dan penyelidik lain berhubung dengan simptom-simptom gangguan makhluk halus yang dominan berdasarkan perbezaan jantina.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Simptom Lazim; Gangguan Makhluk Halus; Jantina
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 10 Jan 2020 02:47
Last Modified: 10 Jan 2020 02:47
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/27268
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item