Menjustifikasikan ilmu dan amalah sihir sebagai satu jenayah berdasarkan peruntukan dalam Kanun Keseksaan

Mahyuddin, Ismail and Mohd Jim, Hamzah and Siti Aisyah, Romli and Jahid, Hj. Sidek and Zainal Abidin, Kusmin (2019) Menjustifikasikan ilmu dan amalah sihir sebagai satu jenayah berdasarkan peruntukan dalam Kanun Keseksaan. Jurnal Pendidikan Serantau, 6. pp. 240-259. ISSN 2289-909X. (Published)

[img] Pdf
ARTIKEL 3.doc

Download (115kB)

Abstract

Sejarah membuktikan bahawa ilmu sihir boleh digunakan untuk melakukan perbuatan jenayah dan ianya terus menimbulkan ancaman terhadap keamanan dalam kehidupan masyarakat semenjak dahulu hingga ke hari ini. Kesukaran untuk menemukan titik persamaan antara perlakuan jenayah dalam ilmu sihir dengan perlakuan jenayah secara fizikal menyebabkan kezaliman ini dibiarkan tanpa apa-apa sekatan. Jika dilihat dari segi zahir, undang-undang jenayah di Malaysia khususnya Kanun Keseksaan tidak mempunyai peruntukan yang khusus tentang jenayah ini. Ironinya, penelitian terhadap peruntukan-peruntukan dalam Kanun Keseksaan boleh membuktikan bahawa terdapat persamaan antara jenayah sihir dan jenayah biasa terutama dari segi kesan dan matlamat yang hendak dicapai. Dalam sesetengah keadaan, jenayah sihir mempunyai kesan yang lebih kejam dan melampaui peruntukan yang terdapat dalam Kanun Keseksaan. Artkel ini bertujuan menjustifikasikan fakta bahawa ilmu dan amalan sihir merupakan satu jenayah yang perlu dibanteras melalui mekanisma perundangan. Melalui perbandingan dengan peruntukan-peruntukan dalam Kanun Keseksaan, maka kajian ini diharap dapat menjadi titik permulaan dalam usaha membela individu-individu yang menjadi mangsa kepada jenayah yang dilakukan secara halus ini

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Iilmu sihir; amalan sihir; jenayah sihir; Kanun Keseksaan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 10 Jan 2020 07:27
Last Modified: 10 Jan 2020 07:27
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/27325
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item