Penyelarasan fatwa Pahang dan kebangsaan : kajian kes terpilih 2008-2015

Muhamad Miziazam, Yahya (2018) Penyelarasan fatwa Pahang dan kebangsaan : kajian kes terpilih 2008-2015. PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, UNSPECIFIED: UNSPECIFIED).

[img]
Preview
Pdf
Penyelarasan fatwa Pahang.pdf - Accepted Version

Download (768kB) | Preview

Abstract

Fatwa merupakan elemen yang penting di dalam kehidupan umat Islam. Dengan wujudnya institusi fatwa yang mengeluarkan fatwa-fatwa, banyak permasalahan agama yang dihadapi oleh umat Islam dapat diselesaikan. Dalam konteks Malaysia terdapat 15 buah institusi yang berfungsi mengeluarkan hukum atau fatwa. Walaupun banyak, institusi-institusi ini hanya dikategorikan kepada dua sahaja iaitu institusi fatwa di peringkat kebangsaan dan institusi fatwa di peringkat negeri. Badan fatwa di peringkat kebangsaan dikenali dengan nama Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (JFK) manakala di peringkat negeri dinamakan Jabatan Mufti Negeri (JMN). Kewujudan badan fatwa yang banyak pada asasnya akan memberikan kebaikan kerana sesuatu fatwa yang dikeluarkan akan menjadi kuat dan kukuh. Namun, sebaliknya akan menyusahkan orang ramai jika fatwa yang dikeluarkan tidak selaras, kerana situasi sebegini akan menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam terhadap sesuatu hukum yang dikeluarkan. Justeru kajian tesis ini adalah mengenai isu ketiadaan penyelarasan fatwa di antara JFK dengan beberapa negeri di Malaysia khususnya Pahang. Bertitik tolak daripada itu, objektif utama penyelidikan ini adalah mengenal pasti punca-punca yang membawa kepada masalah tersebut dan seterusnya memberikan solusi kepada polemik yang berlanjutan ini. Dalam konteks kajian ini penyelidik telah mengambil JFK dan JPHSNP sebagai subjek kajian kes bagi membuat perbandingan penyelarasan fatwa di antara keduanya. Dengan mengambil kira faktor JFK sebagai badan induk fatwa yang berjaya menghimpunkan mufti-mufti negeri sebagai ahli tetap jawatankuasa fatwanya di peringkat kebangsaan, fatwa-fatwa JFK telah dirujuk sebagai fatwa kebangsaan atau pandangan hukum. Fatwa-fatwa JFK juga dijadikan sebagai penanda aras terhadap sejauhmana JPHSNP memutuskan hukum yang sama di dalam mesyuaratnya terhadap hukum-hukum yang telah dimuktamadkan di peringkat kebangsaan yang mana Mufti Negeri turut bersama memutuskan hukum tersebut. Dengan mengaplikasikan metod-metod penyelidikan seperti temubual, rujukan kitab-kitab di perpustakaan, pemerhatian dan teknik menganalisis data-data kajian ini telah meneroka dan seterusnya menganalisis secara perbandingan terhadap fatwa-fatwa yang telah diambil dari kebangsaan (JFK) untuk diendors di peringkat negeri Pahang melalui mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP). Dapatan-dapatan analisis secara perbandingan tersebut telah menatijahkan bahawa penerimaan JPHSNP terhadap fatwa-fatwa kebangsaan adalah bercampur-campur iaitu ada yang terus diterima, ada yang berlawanan dengan fatwa kebangsaan dan ada yang ditangguhkan dahulu keputusan hukumnya di negeri Pahang. Rentetan daripada dapatan analisis tersebut pengkaji membentuk suatu model penyelarasan fatwa agar JFK dan JPHSNP mempunyai standard yang jelas dan sama di dalam aspek pengeluaran hukum di Malaysia.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2018, SV: DR. MANSOR BIN SULAIMAN, NO. CD: 12171
Uncontrolled Keywords: Fatwa; penyelarasan fatwa; Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (JFK); Jabatan Mufti Negeri (JMN); hukum
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Institute of Postgraduate Studies
Depositing User: Mrs. Sufarini Mohd Sudin
Date Deposited: 26 Feb 2020 07:25
Last Modified: 26 Feb 2020 07:25
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/27990
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item