UMP Institutional Repository

Mendidik manusia menjadi manusia

Hasnah, Hussiin (2020) Mendidik manusia menjadi manusia. UMP News .

[img]
Preview
Pdf
Mendidik manusia menjadi manusia.pdf

Download (222kB) | Preview

Abstract

Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai isu kemanusiaan seperti peperangan, pembunuhan secara terbuka oleh etnik-etnik tertentu, penyiksaan , konflik agama, bencana alam dan yang terkini serangan virus Covid-19. Semua ini berlaku disebabkan satu perkara sahaja iaitu hilangnya nilai-nilai kemanusiaan dalam diri manusia pada hari ini. Secara amnya, dunia sekarang adalah lebih moden jika dibandingkan dengan zaman-zaman terdahulu. Moden kerana manusia mampu mencipta pelbagai teknologi untuk memudahkan kehidupan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan. Kini manusia mampu untuk bergerak dalam masa yang pantas, memudahkan manusia berkomunikasi dalam jarak beribu batu, pendidikan menggunakan alam maya, pengeluaran bertambah dengan wujudnya mesin dan jentera dalam sektor perindustrian dan sebagainya. Pendek kata, zaman ini ilmu hanya di hujung jari. Namun, adakah kita sedar, kemajuan teknologi dilihat tidak seiring dengan nilai kemanusiaan. Bagi menjadikan sesuatu bangsa itu bertamadun, sebaiknya teknologi dan nilai kemanusiaan itu berjalan seiring agar ia mampu memberikan kesejahteraan kepada bumi dan manusia sejagat. Tetapi, apa yang kita dapat lihat pada hari ini manusia hanya maju pada luaran sahaja, tapi dalaman manusia masih kurang bertamadun dan beretika.

Item Type: UMP News
Uncontrolled Keywords: Manusia; Covid-19; Virus
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Ms. Nurezzatul Akmal Salleh
Date Deposited: 25 Mar 2020 08:31
Last Modified: 25 Mar 2020 08:31
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/28170
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item